Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 31 Mei 2023

Part 3 : Percubaan Bela Ikan Tilapia Kaedah Bioflok - Tiang Dari Buluh Madu

Part 3 adalah berkaitan penebangan pokok buluh madu untuk dijadikan tiang kepada jaring hitam.

4 lubang dengan jarak +/- 3m x 3m telah dibuat untuk dijadikan asas tiang kepada naungan tangki kolam.

4 batang buluh telah di potong dengan ketinggian 8 kaki yang akan dijadikan tiang naungan kolam ikan ini.








Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Link video :



Artikel berkaitan :




Selasa, 30 Mei 2023

Pisang Rastali Pula Berjantung

Setelah 1½ tahun, anak pisang rastali tisu kultur pun berjantung, yang dialihkan ke raised bed bulat tengah laman.

Ini pun tak tahu samada betul² pisang rastali atau pisang jenis lain sepertimana dah kena beberapa kali yang lepas.

Tunggulah sehingga buahnya keluar, membesar, tua dan masak untuk kepastian.








Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :



Jumaat, 26 Mei 2023

Percubaan Tut Pokok Betik

Betik sekaki atau betik panjang yang ditabur benihnya di raised bed akhirnya bercambah dgn banyak.

Ada beberapa anaknya yang kecil telah dibuang. Ada empat pokok jenis hermafrodit atau dwijantina yang akan di tut.

Manakala 2 lagi betik jantan akan dibuang setelah bunganya diambil.




Selanat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :

                   Part 2 :  https://youtube.com/shorts/xLKYCaMP0gw?feature=share


Artikel berkaitan :





Khamis, 25 Mei 2023

Part 2 : Percubaan Bela Ikan Tilapia Kaedah Bioflok - Memahami Bagaimana Pam Oksigen Kuasa Solar Berfungsi

Penting untuk tahu bahawa ikan boleh mati lemas tanpa udara atau oksigen yang cukup dalam tangki ternakan.

Juga penting untuk pastikan bekalan udara atau oksigen sentiasa ada walau apa yang berlaku.

Faktor² seperti bekalan letrik terputus tanpa dijangka perlu di ambil kira sekiranya berminat untuk menternak atau membela ikan.

Walau bagaimanapun, tiada satu cara yang benar² sempurna untuk bidang ternakan akuakultur ini.

Memahami bagaimana sesuatu benda beroperasi dapat membantu menyelesaikan masalah yang mungkin timbul di kemudian hari.








Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah 

Link video :



Artikel berkaitan :





Rabu, 24 Mei 2023

Part 1 : Percubaan Bela Ikan Tilapia Kaedah Bioflok - Penyediaan Kawasan

Ada beberapa teknik penternakan ikan di halaman rumah yang boleh dibuat. Salah satunya adalah teknik bioflok.

Bioflok adalah teknik yang menggunakan bantuan bakteria bermanfaat untuk menguraikan sisa² makanan dan najis ikan menjadi flok² atau gumpalan² yang boleh di makan semula oleh ikan.

Bioflok secara praktisnya dapat mengurangkan penggantian air yang bermakna penjimatan kos air. 

Walaupun begitu bioflok memerlukan oksigen terlarut yang berterusan untuk memastikan bakteria dan ikan dapat hidup dengan baik.

Oleh itu penjagaan oksigen, paras ammonia air, pH air, suhu air, pemakanan ikan antara yang perlu di titikberatkan.












Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Link video :

                   part 1.2 : https://youtube.com/shorts/t5dTWWw8bTY?feature=share



Artikel berkaitan :





Khamis, 18 Mei 2023

Tebu Selepas 2 Minggu Di Tanam

Sekejap saja masa berlalu. Tup² dah 2 minggu dan keratan tebu dah ada yang keluar.

Ada 5 lubang yg dibuat tempoh hari dan jom tengok apa yg dah berlaku di tiap2 lubang tersebut.

Raised bed pertama ada 3 lubang

Raised bed kedua ada 2 lubang

Lubang pertama ada 9 anak tebu

Lubang kedua ada 5 anak tebu

Lubang ketiga ada 3 anak tebu

Lubang keempat ada 5 anak tebu

Lubang kelima hanya ada 1 anak tebu

Keratan tebu dalam longkang yang bertunas sebagai ganti

Lebihan keratan tebu yang di beli tempohari

Lubang kedua di sulam

Lubang keempat disulam

Lubang kelima disulam

Siram raised bed pertama tebu

Siram raised bed kedua tebu

Ahad, 14 Mei 2023

Trim Pokok Pandan di Raised Bed Bulat

Ada beberapa pokok pandan di raised bed di trim hari ini supaya lebih bersih dan kemas.

Terdapat banyak kegunaan daun pandan terutama dalam bidang masakan kepada masyarakat Melayu terutamanya.

Oleh itu pokok pandan antara pokok wajib ada / wajib tanam keliling rumah tak kira kampung atau bandar.














Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah 

Link video :



Artikel berkaitan :