Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 28 Jun 2021

Perkembangan Umbisi dan Anak Pisang Tisu Kultur

Anak pisang tisu kultur sudah 2 bulan. Anak pisang emas sudah mati. Anak pisang cavendish makin sihat manakala anak pisang berangan dan rastali masih dalam nutripot ringkas 2 gelen.

Umbisi pisang emas satu mati, satu lagi alhamdulillah hidup. Umbisi pisang raja hidup kedua2nya manakala umbisi pisang nangka free gift juga mati.

Anak pisang rastali tisu kultur, sudah beranak dua

Anak pisang berangan tisu kultur

Anak pisang cavendish tisu kultur, sudah galak naiknya

Anak pisang emas umbisi, baru bertunas

Anak pisang raja umbisi, sudah beranak

Anak pisang emas umbisi, mati

Anak pisang nangka umbisi, mati

Video dibawah ialah ringkasan berkenaan perkembangan anak pisang tisu kultur & anak pisang umbisi di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ).



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture
#Pisang
#TisuKultur
#Umbisi


Selasa, 22 Jun 2021

Gergaji Balas Kuasa Bateri | Battery Powered Reciprocating Saw

Satu set gergaji balas kuasa bateri atau battery powered reciprocating saw telah dibeli untuk memudahkan kerja2 perkebunan.

Termasuk memotong papan dan kayu, memotong dahan pokok, pelepah kelapa dan sebagainya.

Di beli pada 1.5.21 dan sampai pada 4.5.21 dengan pembungkusan yang baik.

Set termasuk :
1. Badan gergaji
2. 2 biji bateri
3. 1 pengecas
4. 5 bilah mata gergaji

Setelah digunakan, antara hasilnya ialah :

1. Gergaji ini perlu menggunakan dua tangan untuk lebih stabil

2. Sesuai untuk pokok berkayu 

3. Sesuai untuk cantasan ( pruning )

4. Sebagai alat tambahan kepada peralatan berkebun

5. Ada aktiviti yang lebih cepat menggunakan parang berbanding gergaji balas kuasa bateri ini

6. Seperti peralatan lain, gergaji ini juga perlu dijaga dengan baik terutama mata, bateri dan pengecasnya

Video di bawah ialah percubaan menggunakan gergaji balas kuasa bateri di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ).


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture

Selasa, 1 Jun 2021

Projek Mengganti Dinding Batas Timbun ( Part 6 ) | Changing Raised Bed Wall ( Part 6 )

Projek mengganti dinding batas timbun diteruskan dengan part 6. 

Batas timbun kantan dan pisang renek akan diganti dinding baru.

Batas timbun kantan dan pisang rendah

Antara dinding yang telah dibuat

Jarak 2 kaki untuk laluan bekerja perlu dikekalkan

Daun nenas perlu di potong sedikit kerana mengganggu kerja2 mengganti dinding batas timbun

Pokok pisang renek generasi ke-3 yang terlalu condong mengganggu laluan utama 

Banyak perdu kantan terpaksa dibuang

Jarak juga penting supaya cahaya, hujan dan angin dapat terus ke tanah

Jarak antara dinding batas timbun kantan dan pisang rendah hanya lebih kurang 1.5 kaki

Jarak juga penting supaya rumput dapat tumbuh 

Siap sudah projek dinding batas timbun kantan dan pisang rendah

Part 7 untuk batas timbun keladi mungkin lambat kerana bekalan pallet terganggu kerana lockdown covid-19.

Video dibawah berkaitan proses menukar dinding batas timbun tropika part 6.


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture