Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 27 Mei 2021

Perkembangan Pokok Keladi Sayur selepas 2 Bulan Di Alihkan

Pokok keladi sayur yang dialihkan pada 30.3.21 iaitu hampir 2 bulan lepas sudah membesar dengan begitu baik sekali.

Tanah batas timbun yang ditanam dengan sisa dapur dan mempunyai banyak bahan organik memungkinkan pertumbuhan yang sebegini cepat.

Terdapat banyak jenis keladi sayur, ada yang boleh dimakan batangnya sahaja, ada yang ubi dan batangnya juga boleh dimakan atau di proses.

Semasa dialihkan pada 30.3.21

Pada 24.5.21, untuk buat sayur, batangnya boleh di potong

Subur menghijau, untuk ubinya perlu tunggu 9 bulan keatas

Daun besar berbentuk hati dan bewarna hijau, biasa dibuat untuk membungkus masakan / makanan.

Video pokok keladi di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) di bawah ...


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture
#Keladi
#Yam
#Taro

Selasa, 25 Mei 2021

Pesanan Umbisi Pisang Emas dan Pisang Raja Sudah Tiba

Pesan pada 21.5.21 dan terima pada 24.5.21.

2 umbisi pisang emas dan 2 umbisi pisang raja telah selamat sampai bersama 1 umbisi pisang nangka ( percuma ) dari Jeli,  Kelantan.

Umbisi pisang emas ini untuk menggantikan satu anak pisang tisu kultur yang telah mati.

Dibungkus kemas menggunakan kotak, dapat percuma satu umbisi pisang nangka

Anak pisang rastali tisu kultur setelah sebulan di tanam sementara dalam sistem nutripot ringkas

Anak pisang berangan tisu kultur setelah sebulan di tanam sementara dalam sistem nutripot ringkas

Dua umbisi pisang raja ditanam sementara dalam pasu

Satu umbisi pisang emas ditanam sementara dalam pasu

Tisu kultur pisang cavendish setelah sebulan, alhamdulillah subur naiknya 

Satu umbisi pisang emas menggantikan anak pisang emas tisu kultur yang mati

Video aktiviti unboxing umbisi pisang, penanaman dan sebagainya di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) di bawah ...


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture

Rabu, 19 Mei 2021

Projek Mengganti Dinding Batas Timbun ( Part 5 ) | Changing Raised Bed Wall ( Part 5 )

Proses mengganti dinding batas timbun diteruskan lagi.

Oleh kerana penggunaan peralatan yang amat asas, maka banyak perkara yang tidak boleh dibuat dengan baik.

Dinding yang baru siap

Di sebelah hujung sana belum siap kerana tukul dah patah

Jarak 2 kaki laluan bekerja perlu dikekalkan

Video proses membuat dan memasang dinding batas timbun part 5 di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) di bawah :


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed

Blog Link :

This article link :

YouTube Link :

Ahad, 16 Mei 2021

Buat Jig Ringkas Buka Papan Pallet | Simple Jig as Pallet Opener

Bila ada banyak pallet untuk di buka papannya, kita perlukan sedikit kreativiti untuk memudahkan kerja.

Menggunakan bahan2 asas yg ada di sekitaran rumah untuk dijadikan jig pembuka papan pallet.

Jig + tukul + playar dapat cepatkan kerja membuka / meleraikan papan pallet.

Banyak lagi pallet yang perlu dibuka

Jig ringkas berbentuk seperti pallet juga

Dapat juga digunakan untuk mencabut paku 

Sila tonton video dibawah untuk lebih memahami proses membuka papan pallet di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS )


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#RaisedBed
#UrbanGarden
#TropicalRaisedBed

Ahad, 9 Mei 2021

Projek Mengganti Dinding Batas Timbun ( Part 4 )

Sambung lagi pembinaan dinding baru batas timbun ( raised bed ) di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ).

Walaupun puasa tetapi keterujaan untuk melihat batas timbun ( raised bed ) yang lebih cantik dan menarik tidak dapat ditahan lagi.

Hari ini pasang dinding untuk batas timbun kedua pula.

Buat garisan lebih kurang 4 kaki dari longkang

Buat garisan lebih kurang 5 kaki dari pagar

Batas timbun pertama dan kedua masih perlu kerja2 di hujung sebelah pagar

Video ringkas pemasangan dinding baru batas timbun ( part 4 )  di bawah :


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#RaisedBed
#TropicalRaisedBed

Selasa, 4 Mei 2021

Projek Mengganti Dinding Batas Timbun ( Part 3 )

Menggunakan gergaji besi untuk memotong kayu dan papan penghubung dinding batas timbun di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ).

Membina dinding bahagian tepi batas timbun

Perlu disambung antara papan

Warna papan kayu pallet yang tidak seragam

Bentuk asas dinding batas timbun

Papan lama perlu dibuka

Setelah papan lama dibuka

Akar2 tanaman berselirat memenuhi tanah batas timbun

Pemasangan dinding batas timbun pertama

Video ringkas proses memotong papan, membina dan memasang dinding batas timbun.


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun

Sabtu, 1 Mei 2021

Projek Mengganti Dinding Batas Timbun ( Part 2 )

Batas timbun pertama dibuat pada bulan Sept. 2018 akan diganti dahulu.

Pallet kayu dileraikan dan paku yang elok akan di guna semula.

Projek part 2 tergendala kerana memerlukan gergaji yang lebih baik untuk memotong papan dan kayu.

InsyaAllah part 3 akan menyusul.

Keadaan batas timbun sekarang sebelum dinding diganti

Batas timbun ini akan diganti dahulu

Papan pallet yang sudah dileraikan

Buat dinding bahagian depan dulu

Macam ni ...

Video ringkas part 2, ganti dinding batas timbun di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS )


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#PalletKayu