Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 27 November 2017

Kilang Sayur Kangkung ( Bahagian 2 )

Kaedah Penanaman kangkung yang sesuai untuk pengeluaran harian. Tuaian harian bergantung kepada pesanan atau permintaan pasaran.

Beberapa kaedah penanaman kangkung komersial boleh diaplikasikan :

1. Konvensional : batas tanah + baja kimia
2. Moden : Hidroponik Takung / Apung, NFT, Aeroponik dll
3. Campuran kedua2 diatas


Kangkung hidroponik dalam besen + tapis
Kangkung dalam beg poli bertanah + baja NPK
Kangkung atas batas bertanah  berkompos + baja NPK
Kangkung dalam NR2 bertanah + baja hidroponik

Kaedah penanaman juga mempengaruhi harga jualan. Harga jualan pula mempunyai kaitan rapat dengan kualiti kangkung yang dihasilkan.

Ahad, 26 November 2017

Kilang Sayur Kangkung ( Bahagian 1)

Kilang sayur kangkung atau kangkung veggie factory adalah kilang sayuran pertama yang boleh diusahakan kerana beberapa faktor :



1. Kangkung antara sayuran popular masa kini
2. Kangkung sangat mudah dan cepat tumbuh
3. Kangkung juga cepat boleh dituai
4. Oleh kerana cepat dituai maka kangkung kurang gangguan perosak
5. Kangkung suka kepada kelembapan tinggi, oleh itu musim hujan bukan satu masalah
6. Kangkung tidak cerewet dengan jenis tanah
7. Pembajaan juga senang dilakukan
8. Benih kangkung juga mudah diperolehi
9. Kaedah penanaman juga tidak susah, boleh saja menggunakan bekas terpakai
10. Kangkung juga boleh dituai banyak kali kalau mahu
11. Boleh mengamalkan pertanian organik

Untuk mendapatkan pulangan yang lebih, sebaiknya benih kangkung dihasilkan sendiri. Cara menghasilkan benih kangkung secara mudah dan cepat boleh rujuk disini.

Bila disebut kilang, bermakna ada SOP yang merangkumi input, proses dan output yang perlu disediakan.

Contoh2 INPUT asas ialah :
1. Benih kangkung
2. Bekas tanaman
3. Media tanaman
4. Sistem pembajaan
5. Kawalan perosak
6. Sistem penyiraman
7. Lokasi atau tempat
8. Utiliti
9. Pekerja
10. Termasuk pembekal setiap input yang diperlukan

Contoh2 PROSES asas ialah :
1. Menyediakan pekerja
2. Menyediakan lokasi
3. Mempersiapkan media tanam
4. Penyediaan sistem pembajaan / penyiraman
5. Merendam biji benih kangkung
6. Menyemai benih kangkung
7. Merancang pengeluaran dan jadual
8. Kawalan tumbesaran
9. Kawalan pembajaan / penyiraman

Contoh2 OUTPUT asas ialah :
1. Menyemak jadual penanaman
2. Penentuan masa tuaian
3. Penyediaan kelengkapan penuaian
4. Penuaian
5. Penyimpanan
6. Pengangkutan
7. Pemasaran
8. Termasuk pembekal setiap output berkaitan

Kilang Sayur Kangkung boleh dijadikan asas kepada kilang pengeluaran sayuran yang lebih rumit.


Air Hujan Mencairkan Baja Hidroponik

Hujan lebat kebelakangan ini telah mencairkan kepekatan baja hidroponik sayuran sawi dan membantutkan perkembangan sayur sawi





Rabu, 22 November 2017

Percambahan Pokok Lidah Jin

Selain dari tunas yang biasa digunakan untuk membiakkan pokok lidah jin atau lidah mertua, daunnya yang sudah matang juga dapat digunakan




Tomato Atas Batas Sudah Berbunga

Sepokok tomato atas batas organik sudah berbunga




Tuaian Hari Ini

Tuaian kebun bandar hari ini ialah kangkung darat, sawi kerinting dan cili api






Ahad, 19 November 2017

Pasu Pintar ( Smart Pot ) - Bahagian 2 : Idea dan Konsep

Pemerhatian pada batas sayuran semasa dan selepas hujan menjadikan Pasu Pintar atau Smart Pot sebagai satu idea inovasi. Walaupun mungkin ada idea2 yang sama yang telah di buat oleh orang lain namun experimen secara hands on lebih memberi kepuasan.



Berbalik kepada batas sayuran ketika hujan didapati apabila air bertakung diantara batas sayuran, batas sayuran akan terbahagi kepada 2 bahagian :

1. Bahagian yang digenangi air akan basah iaitu tanah bahagian bawah pada batas
2. Bahagian batas yang lebih tinggi atau bahagian atas akan menjadi lembab

Apabila hujan berhenti dan air mulai kering, bahagian atas batas akan beransur2 menjadi kering manakala bahagian bawah batas akan beransur2 dari basah menjadi lembab dan seterusnya kering jika panas berterusan.

Perubahan kelembapan tanah ini tidak menjejaskan sayuran yang ditanam. Malahan cuaca negara kita    yang mengalami hujan panas, sentiasa hujan atau sentiasa panas dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Dengan itu sistem Pasu Pintar atau Smart Pot yang mudah, murah dan praktikal boleh dicuba.


Buah Mangga Epal

Buah mangga epal yang pokoknya berada diluar pagar





Tuaian Hari Ini

Antara tuaian kebun bandar hari ini ialah terung telunjuk, pegaga, terung pipit, limau kasturi, cili api dan buah malberi






Khamis, 16 November 2017

Pasu Pintar ( Smart Pot ) - Bahagian 1

Pasu Pintar atau Bekas Tanaman Pintar atau Smart Pot adalah impian setiap pekebun bandar kerana ianya menjimatkan masa, tenaga dan kos2 berkaitan.

Inovasi Pasu Pintar atau Smart Pot sepatutnya ringkas, praktikal dan mesra pekebun. Tetapi untuk membuat satu pasu atau bekas tanaman pintar agak rumit kerana jenis kumpulan tanaman berbeza mempunyai keperluan air / baja / media / bekas tanaman yang berbeza.

Kebanyakan pasu biasa yang ada dipasaran mempunyai lubang untuk air keluar di bahagian bawah. Sama juga dengan beg poli dan bekas tanaman yang lain. Kelemahan sistem pasu sebegini ialah mudahnya air yang disiram kering, garam mineral atau baja juga tidak dapat bertahan lama didalam satu2 pasu.

Oleh itu, satu ujikaji akan cuba dibuat menggunakan 2 baldi saiz 1.5 gelen dengan letak lubang yang berbeza :

1. Baldi 1dibahagi 2 bahagian  dan dibuat 4 lubang selebar 1 cm di tengah dan keliling baldi ( rujuk gambar di bawah ). Tiada lubang pada bahagian bawah baldi dimana bahagian ini akan bertindak sebagai takung air ( tanah yang basah).




2. Baldi ke2 pula di bahagi 3 bahagian dimana 4 lubang dibuat pada bahagian atas dan 2 lubang pada bahagian tengah ( rujuk gambar di bawah ).







Baja Kazz Hidroponik

Lagi 2 set baja hidroponik dari Kazz Hidroponik yang dipesan pada 7.11.17 telah selamat diterima


Rabu, 15 November 2017

Bahan-bahan Pembuatan Kompos

Antara bahan-bahan dalam pembuatan kompos ialah daun-daun seperti daun tebu, daun pisang, daun serai, daun mangga dan berbagai lagi daun-daun yang boleh didapati di halaman rumah termasuk potongan rumput









Batas Timbun ( Raised Bed )

Batas timbun atau raised bed dapat dibuat 2 cara :

1. Dengan mengorek tanah asal dan dibuat batas
2. Tanpa mengorek tanah asal, hanya ditambah tanah baru diatas tanah asal

Tiada perbezaan ketara dari segi penghasilan cuma aspek kekemasan kebun akan sedikit berbeza

Batas timbun juga terbahagi 2 iaitu:

1. Batas tanpa penghadang
2. Batas dengan penghadang samada kayu, papan, plastik, genting dll