Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 2 November 2016

Jom Tanam Sayur - Tanam Kangkung Darat Kaedah Hidroponik Tapis

Berikut adalah langkah2 penanaman kangkung darat menggunakan kaedah hidroponik tapis. Kaedah yg betul amat mustahak utk mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit.

Bahan2 yg diperlukan ialah biji benih kangkung, baldi, penapis yg muat aras permukaan baldi ( boleh juga gunakan tong air, botol air besar dll ikut kreativiti ), air tanpa klorin dan plastik hitam.

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Baldi, tapis & benih kangkung
 1. Benih kangkung perlu direndam lebih kurang 36 jam menggunakan air tanpa klorin ( air paip yg ditakung 2-3 hari ).

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Hari 1 - Biji benih kangkung yg direndam
2. Toskan dan selerakkan biji benih ke dalam penapis.Penuhkan air tanpa klorin sehingga paras bawah tapis dan letakkan tapis. Tutup dgn plastik hitam dan letakkan baldi di tempat gelap.

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Hari 2 - Benih kangkung dah mula tumbuh

3.  Tukar air kalau berbau. Pada masa ini akar kangkung sudah menjulur keluar di bawah penapis.

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Hari 3 - Makin byk yg bercambah


http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Hari 3 - Akar kangkung mula menjulur

4. Bancuh baja AB mengikut sukatan bekas yg digunakan. Baja hidroponik AB ada dlm bentuk pepejal dan ada dlm bentuk cecair ( larutan ). Terpulang kpd bentuk fizikal baja, campuran mestilah sesuai dgn jumlah baja yg diperlukan. Baja yg telah dibancuh mestilah tidak melebihi paras bawah penapis yg digunakan.

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Hari 4 - Air baja hidroponik dimulakan
http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Hari 4 - Akar makin banyak & panjang
http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Baja Hidroponik keluaran TRIO, sebelah kiri utk perkembangan awal ( daun -> bunga ) sayuran manakala kanan utk perkembangna lanjutan ( bunga -> buah ). Utk sayuran berdaun boleh gunakan yg kiri saja. Cara guna 1 titik utk 1 liter air, seminggu sekali ulangan.
http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Hari 5 - Sudah ada yg berdaun, boleh di pindahkan keluar
http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Hari 5 - Pindahkan ke kawasan teduh di luar rumah
http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Hari 6
http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Hari 6

Tanam Kangkung Darat Kaedah Hidroponik Tapis
Hari 7

Hari 8

Hari 9
Tanam Kangkung Darat Kaedah Hidroponik Tapis
Masalah sudah kelihatan
komposisi baja memainkan peranan penting dalam hidroponik
6.12.16 : Memang dah sah apa masalahnya


5. Langkah seterusnya adalah memantau pertumbuhan kangkung tersebut. Tambah air baja bila diperlukan. Periksa juga jika ada nyamuk bertelur di dalam bekas tersebut.

6. Selepas 3-4 minggu, kangkung boleh dituai atau terus dibiarkan berbunga utk mendapatkan benih baru.

Pendek kata, kena buat dulu baru akan faham cara2nya.
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2

1 ulasan:

  1. bagus sekali! yang susah didapat hanya baja/pupuknya. seandainya bias dibuat sendiri pasti sangat menarik!

    BalasPadam