Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 21 Mei 2024

Tebu Telur Setahun Di Raised Beds

Mei 2023 ( setahun lepas ), benih tebu telur disemai di dua raised beds ini.

Selepas setahun, tebu² dah besar dan dah banyak kali dituai / ditebang.

Tebu² ini dimesin dengan menggunakan mesin tebu manual.

Pancang / tiang yang kurang kukuh menyebabkan pokok² tebu condong dan kurang cantik naiknya.

Kemungkinan tebu² ini akan diganti dengan tanaman lain kerana satu raised bed tebu lain yang mempunyai 6 rumpun telah pun memasuki bulan ke-4.

























Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Jumaat, 17 Mei 2024

Cara Saya Tanam Sulur Jambul Nenas

Terdapat 4 jenis sulur yang boleh didapati dari sepokok nenas bergantung jenis dan varieti nenas iaitu sulur jambul, sulur tangkai, sulur angin dan sulur tanah.

Jenis sulur nenas yang biasa di dapati adalah sulur jambul atau sulur buah yang berada di bahagian atas buah nenas.

Sulur tangkai berada di bahagian tangkai di bawah buah nenas.

Sulur angin berada ditengah² batang pokok nenas.

Manakala sulur tanah muncul dari bahagian bawah pokok nenas.

Sulur² ini biasanya perlu direndam terlebih dahulu untuk mengeluarkan akarnya.

Dalam masa seminggu atau lebih sedikit, sulur² ini boleh di tanam di tempat yang sesuai.

Saya menggunakan kotak gabus atau kotak polisterin dan tanah hitam sawit sebagai asas penanaman sulur jambul nenas seperti gambar dan video dibawah.














Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :




Tanah Raised Beds Yang Subur

Raised beds dengan dinding memudahkan sisa² organik di tambah ke dalamnya tanpa perlu khuatir sisa² organik tersebut akan berselerak.

Tanah raised beds yang gembur juga sangat digemari oleh organisma tanah. Memudahkan pergerakan termasuklah air, udara, baja, humus dan sebagainya.

Penanaman secara berkala sisa dapur dapat menarik agen pengurai. Menambahkan cacing tanah dan akhirnya burung2 sebagai pemangsa².

Tanah raised beds yang bercampur dengan sisa² organik yang banyak lama kelamaan akan menjadi sangat subur sehinggakan mungkin tidak perlukan pembajaan yang sekerap tanaman biasa.




Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat inshaAllah ...

Link video :



Artikel berkaitan :





Rabu, 15 Mei 2024

Pokok Padi Selepas Sebulan Di Semai

Walaupun beras adalah makanan ruji kita dan padi adalah tanaman yang banyak di negara kita, namun penanaman padi sebagai hobi di sekitaran rumah masih belum menjadi kebiasaan.

Walaupun pokok padi pada pendapat saya antara tanaman yang agak senang kerana padi terutama padi sawah hanya memerlukan bekas tanaman tanpa lubang untuk air lebihan keluar.

Oleh itu sebarang bekas atau tong dengan isipadu minima 5 liter sudah memadai.

Sebagai contoh adalah penggunaan 24 bekas botol minyak 5 liter untuk penanaman padi sawah di halaman rumah saya ini.

Botol yang di buang bahagian atasnya dan diisi dengan tanah kebun ( tanah raised beds ) sehingga penuh.

Benih padi yang baru dituai digunakan untuk penanaman ini. Hanya biji benih padi yang berisi / bernas digunakan.

Biji benih padi tanpa rendaman diletakkan antara 3-4 biji setiap botol. Korek lubang sedikit dan masukkan benih padi tersebut.

Untuk permulaan semaian, air tidak dipenuhkan dalam botol hanya tanah dilembabkan saja.

Setelah seminggu anak padi akan mulai muncul dan untuk kali ini sekurang²nya sepokok anak padi tumbuh pada setiap botol.

Setelah 2 minggu usia anak padi air akan dipenuhkan dalam botol.

Sehari sekali, biasanya waktu pagi air akan dipenuhkan dalam botol. Sekiranya hujan, tiada siraman atau penambahan air dibuat.

Pemberian baja urea 2 minggu sekali dibuat sehingga umur anak padi sebulan. Selepas itu baja npk buah akan digunakan.

Setelah sebulan, perkembangan anak² padi dalam botol bekas minyak masak ini amat memberangsangkan.

Tingginya secara purata telah mencapai 1.5 kaki seperti gambar dan video di bawah.










Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :






Pokok Keladi Lambuk / Kemumu Yang Besar

Mungkin kerana keladi lambuk atau keladi kemumu ini ditanam di raised bed yang mempunyai banyak bahan² organik.

Bahan² organik seperti racikan sisa kebun, daun² kering, potongan rumput, kertas dan kotak², papan telur, sisa dapur yang sentiasa di letakkan / ditanam di raised bed.

Dinding raised bed memungkinkan keberadaan bahan² organik yang tetap tanpa perlu risau dilarikan air hujan yang kadang² turun agak lebat.





Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :