Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 30 Jun 2023

Racikan Kantan, Planter Bag & Raised Bed Mini

Pelepah kantan yang di trim tempohari di racik dengan parang kira² 1 inci panjang supaya lebih tahan lama sebagai sungkupan.

Racikan kantan ini akan dijadikan lapisan pertama dalam planter bag supaya bahagian bawahnya tidak jadi padat.

Diletakkan lebih kurang 2 inci dan planter bag ini diletakkan di bahagian belakang dan tepi bahagian belakang rumah.

Tanah akan ditambah kemudian. Planter bag ini cadangnya untuk pokok buah²an tut / renek.
















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Link video :



Artikel berkaitan :






Selasa, 27 Jun 2023

Kantan - Tunas Bunga vs Tunas Pokok

Apakah perbezaan antara tunas bunga dan tunas anak pokok kantan? Penting untuk diketahui supaya tidak tersalah potong bila rumpun kantan di rapikan / trim.

Beberapa perbezaan boleh di lihat seperti :

1. Bentuk -
    Tunas bunga berbentuk sekata / macam silinder ber zig zag dan tumpul
    Tunas pokok berbentuk tirus dan tajam

2. Warna -
    Tunas bunga biasanya lebih cerah 
    Tunas pokok lebih hijau

Perapian / trimming yang betul akan membolehkan lebih banyak tunas bunga keluar dan menjadi kudup bunga yang lebih besar dan sihat.






Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Ahad, 25 Jun 2023

Rapikan Rumpun Kantan di Raised Bed Bulat

Serumpun pokok kantan yg berumur lebih kurang 2 tahun yang subur sudah mulai menjadi semak dan perlu di rapikan / kemaskan.

Pokok kantan yg ditanam di raised bed bulat ini adalah pengganti kepada rumpun kantan yg asal.

Pokok kantan yang tua, yang condong, yang tumbuh rapat², yang menjadi sarang kerengga, tunggul² mati, tunas² anak yang berlebihan serta yang mencacatkan pandangan akan dibuang.






Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :



Rabu, 21 Jun 2023

Lagi Pisang Nangka Di Raised Bed Berjantung

Sepokok lagi pisang nangka yang di tanam sama² dengan pokok pisang nangka yang berjantung hari itu pun turut berjantung.

Tetapi pokoknya kurang besar berbanding pokok yang terdahulu. Jantungnya juga lebih kecil.

Apa² pun nanti kita tengok berapakah jumlah sisir dan jejari buahnya yang terhasil.




Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah


Clearkan Bayam Brazil di 2 Raised Bed

Setelah sebulan  penggantinya ditanam dan tumbuh dengan subur dan baik, tiba masanya bayam brazil di dua raised bed bersama pokok betik di clearkan.

Semuanya akan di cabut, di potong kecil dan di letakkan di raised bed yang baru di buat sebagai baja hijau.

Raised bed ini pula akan di clearkan, pokok betik akan di kemaskan juga. Kemudiannya akan di tanam dengan pokok naga dan ...

















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Isnin, 19 Jun 2023

Pisang Emas Pula Berjantung

Pisang emas tepi pagar akhirnya berjantung juga setelah agak lama di tanam. Mula² adalah anak pisang emas tisu kultur, tapi mati kemudiannya.

Lepas tu tanam sulur umbisi, pun mati, tapi dalam masa nak ganti benih baru tiba² nampak ada anaknya pula yang baru nak muncul.

Hasilnya hampir 1½ tahun jugalah untuk ianya berjantung.







Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :
.


Artikel berkaitan :





Sabtu, 17 Jun 2023

Balut Buah Jambu Batu Pokok Tut

Proses tut 2 bulan, pindahkan ke beg poli 2 bulan dan selepas 5 bulan dialihkan ke raised bed bulat tepi pagar, buah jambu perlu dibalut.

Alhamdulillah, meriah berbunga dan berbuah. Kali ini ada lebih kurang 9 biji yang dibalut.

Balutan perlu dibuat terutamanya untuk elakkan lalat buah dan perosak² yang lain.









Selamat berkebun ...

Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah


Link video :

1. Shorts : https://youtube.com/shorts/TdasblclPWk?feature=share4

2. Tiktok  : https://vm.tiktok.com/ZSLMqK6EE/

Artikel berkaitan :

1. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/06/raised-bed-bentuk-bulat-yang-cantik.html#c3663021956932548932

2. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/06/tutup-lubang-biochar-move-on-projek-lain.html

3. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/06/benih-bendi-fresh-dari-kebun.html