Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 24 Januari 2022

Tanam Anak Pisang Cavendish, Pindah Tanam Anak Pisang Serendah dll ( JTS ) wk03/22

Antara aktiviti kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) minggu 03 tahun 2022 ialah :

1. Tanam 2 anak pisang cavendish tisu kultur di batas timbun ( raised bed )

Ditanam di batas timbun ( raised bed ) ini

Jarak 6 kaki antara pokok

Cavendish tisu kultur batas timbun tepi pagar sudah 9 bulan dan sudah beranak. Tunggu masa untuk berjantung

2. Pindah tanam satu anak pisang serendah / rendah ( dwarf cavendish ) 

Anak pisang serendah sulur pedang

Akan di pindahkan ke sini 

Hanya 2 rumpun pisang serendah akan dikekalkan.

3. Baiki dinding batas timbun ( raised bed ) bulat dan tambah tanah hitam

Batas timbun bulat pisang cavendish tisu kultur

Tak cukup papan pallet

Batas timbun bulat pisang emas dari umbisi dan sudah berusia 8 bulan

Guna kotak dan sisa buah kelapa dan ditambah tanah hitam sawit

Dah siap seadanya

4. Semai benih bunga Hollyhock mix



5. Semai dan pindahkan benih bunga matahari

6 biji benih percuma dari pembelian benih bunga

Selepas 3 hari

Hanya dua yang tumbuh dari 6 biji benih

6. Kerat batang plastik sebagai dinding batas timbun


7. Tabur kompos daun tebu ke batas timbun bulat pokok pisang cavendish


8. Penerimaan alat bantuan siraman sendiri yg di pesan atas talian


Idea yang simple tapi mungkin berkesan

Diletakkan pada pokok tanpa sistem nutripot ringkas

Video ringkas aktiviti minggu 03/22 seperti dibawah :



Artikel berkaitan :



Isnin, 17 Januari 2022

Tebang Pokok Betik Betina, Buat Lubang Anak Pisang dll ( JTS ) wk02/22

Tahun 2022 sudah masuk minggu ke 3. Berikut adalah aktiviti kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) minggu 02/22 yang telah di kumpulkan untuk memudahkan kemas kini maklumat.

1. Tebang 1 pokok betik betina untuk memberi laluan kepada tanaman anak pisang cavendish tisu kultur.

Sebelum pokok betik di tebang

Selepas pokok betik di tebang

2. Buat lubang untuk anak pisang

Sediakan lubang di batas timbun untuk pisang emas tisu kultur ( tk ), cavendish ( tk ) dan pisang tanduk.

3. Semai benih jagung manis

Jenama yang digunakan

Guna tisu yang dilembapkan

20 biji benih

Tutup dan simpan tempat redup

Selepas 4 hari

Pindah tanam ke dalam cawan

16 tumbuh dari 20 yang di semai

Selepas 2 hari dialihkan

4. Kemas anak pokok mangga & pokok limau purut yang dah mati




Anak pokok mangga yang telah di potong


Pokok limau purut mati telah di kemaskan

5. Tukar air tong ikan puyu

Sebelum air ditukar

Selepas air ditukar

6. Tanam Sisa Dapur

Sisa dapur 2 minggu

Di tanam di tepi pagar

7. Penerimaan baja kopi, benih bunga dan anak pisang ( tk ) cavendish pesanan online.


Baja kopi organik 8:8:8 3 kg

Benih bunga 



Anak pisang cavendish tisu kultur ( tk )

8. Kemas sisa kebun

14.12.21

Selasa, 11 Januari 2022

Kemas Batang Pisang, Racik Sisa Kebun dll wk01/22

Aktiviti minggu ini wk01/22 di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) seperti di bawah :

1. Racik sisa kebun

Daun pisang, daun tebu di racik

Persediaan untuk memotong rumput

2. Kemas sisa batang pisang

Sisa batang pisang nangka yang tumbang khamis lepas

Betulkan kembali dinding batas timbun

Bahan² kompos ini telah ditabur ke batas timbun bulat keladi, kantan, pisang nangka, nenas dan pisang tanduk.

3. Pangkas pokok inai

Pokok inai dalam beg poli dalam longkang

Pangkas dahan utama pokok inai

4. Korek tunggul betik

Dua pokok betik yang di tebang minggu lepas

Akan ditanam dengan pisang pula

5. Potong daun kurma

Pokok kurma di laman rumah

Setelah daunnya ditogelkan

Diletakkan ditepi pagar

Duri daun kurma sangat tajam dan menyakitkan

Diletakkan di tempat² yang berpotensi menjadi laluan penyeludup