Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 22 Disember 2018

Ahad, 16 Disember 2018

Tuaian Batas Timbun

Tuaian kangkung, terung telunjuk dan kacang kelisa batas timbun

Semaian kangkung pada 6.9.18 dan sudah berkali2 dituai secara potongan

Jumaat, 7 Disember 2018

Selasa, 4 Disember 2018

Potongan Rumput Sebagai Sungkupan

Apabila rumput tumbuh, ia akan menggunakan nutrien yang ada dalam tanah untuk membesar.

Nutrien tersebut di pulangkan semula ke tanah secara kitar semula dalam bentuk sungkupan.

Pelbagai jenis rumput yang dipotong memberikan pelbagai jenis nutrien

Penghadang mengelakkan sungkupan lari bila hujan lebat

Anak pokok pisang yang subur setelah dibuat batas timbun dengan penghadang

Sabtu, 1 Disember 2018

Tuaian Kacang Kelisa Sudah Bermula

Kacang kelisa sudah mula dituai

Kacang kelisa, terung telunjuk dan serai

Bunga dan putik kacang kelisa

Kebun menegak kacang kelisa


Isnin, 26 November 2018

Pindahkan Pokok Terung dan Cili

Pindahkan anak pokok terung dan cili api ke batas timbun no.4 yang masih belum siap sepenuhnya

Kekurangan tanah diatasi dengan menggunakan botol plastik yang dipotong kedua2 bahagian

Anak pokok terung

Anak pokok cili

Isnin, 19 November 2018

Baja Cecair Hijau

Pembuatan baja cecair organik hijau menggunakan sisa kebun seperti daun kangkung, daun ubi keledek, daun ubi kayu, daun serai dan sebagainya yang direndam untuk mendapatkan / mengeluarkan nutrien2 daripada bahan2 hijau tersebut.

Boleh dipotong kecil2 untuk mempercepatkan proses

Bawang Merah Batas Timbun

Batas timbun kangkung dan cili api sudah ditambah dengan bawang merah

 Ada 8 ulas bawang merah yang ditanam

 Bawang merah cepat bertunas

Sungkupan mengurangkan masalah rumput rumpai di batas timbun

Batas timbun selepas tuaian kangkung

Jumaat, 16 November 2018

Bunga Kacang Kelisa

Pokok kacang kelisa di batas menegak sudah mengeluarkan bunga sulung, warna purple / ungu.

Sebelum ini tanam atas batas, warna bunganya putih.

Adakah kandungan nutrien tanah mempengaruhi warna bunga kacang kelisa?









Selasa, 13 November 2018

Cuaca Malaysia vs Batas Timbun ( Raised Bed )

Setelah berjaya membuat beberapa batas timbun aka raised bed di tepi rumah didapati bahawa cuaca di Malaysia yang selalu hujan dan panas sepanjang tahun memang amat sesuai dengan batas timbun.


Bila musim hujan seperti sekarang ini, siraman manual memang tidak perlu dilakukan manakala batas timbun sentiasa lembab. Rumput rumpai yang biasanya tumbuh dengan cepat juga dapat dikawal menggunakan sungkupan.


Bila musim panas pula, siraman tidak perlu dilakukan dengan kerap kerana faktor dinding batas timbun yang diperbuat dari papan akan bertindak sebagai penebat haba manakala sungkupan juga mengurangkan kekeringan tanah.

Tuaian kangkung berulang kali dengan memotong batang kangkung dan tunas baru akan membesar menjadi kangkung dewasa

Jarak diantara batas timbun dibiarkan rumput rumpai tumbuh dan potongan rumput rumpai dilakukan minimum sebulan sekali. Sebaiknya 2 ke 3 minggu sekali potongan bergantung samada musim hujan atau panas.

Batas Timbun Baru No.5 - 2

Batas timbun aka raised bed no. 5 dengan keluasan 2 kaki x 6 kaki x 10 inci tinggi

Batas timbun memberikan lebih kawalan kepada banyak perkara

Batas Timbun Baru No.4 - 3

Oleh kerana keluasan yang lebih maka lebih banyak bahan kompos, sisa kebun dan tanah diperlukan untuk memenuhkan batas timbun aka raised bed no.4 ini

Segala sisa kebun digunakan sebagai asas untuk batas timbun

Isnin, 12 November 2018

Kemas Kebun Bunga Mini

Sudah lama rasanya tak mengemas pasu2 bunga dibawah bumbung ini

Kawasan berbumbung, sesuai untuk pokok bunga

Pokok sirih yang menjalar di grill besi

Empat jenis lidah mertua / sansevieria, sudah banyak yang beranak

 Ruellia atau mexican petunia

 Buluh jepun sudah berdaun cantik

Aloe vera mulai bercambah

 Taman mini

 Kumpulan orkid

Semaian cili, melon, kurma dan ulam raja

Khamis, 8 November 2018

Pokok Kacang Kelisa

Pokok kacang kelisa atau kacang botol atau kacang belimbing di batas menegak.

Menunggu bunga pertama

Sudah menjalar ke bawah mencari sokongan.

Tanam Tebu

Beberapa batang tebu telah ditanam untuk air dan daunnya.

Tebu mudah hidup terutama musim hujan

Dari jenis tebu kuning

Daun tebu sangat sesuai sebagai sungkupan

Tuaian Kangkung Lagi

Tuaian kangkung dan terung telunjuk batas timbun

Perlu dituai secara berkala untuk hasil berterusan dan kesihatan pokok kangkung.

Pokok kangkung yang tua akan menjalar dan mengundang perosak dan penyakit.

Rabu, 7 November 2018

Batas Timbun Baru No.5 - 1

Batas timbun baru dengan saiz 2' x 6' x 10 inci tinggi.

Diperbuat dari kayu pemegang penyapu dan seumpamanya.

Dibuat pada bahagian sudut berhampiran longkang.

Tanam kobis cantik ni ...

Berbagai variasi dinding / penghadang batas timbun tanpa gali boleh dibuat bergantung kepada kreativiti.

Sabtu, 3 November 2018

Cendawan King Oyster @ Pleurotus eryngii

Cendawan paha ayam atau king oyster aka Pleurotus eryngii

Cendawan paha ayam atau king oyster untuk masak kuning