Bila musim hujan seperti sekarang ini, siraman manual memang tidak perlu dilakukan manakala batas timbun sentiasa lembab. Rumput rumpai yang biasanya tumbuh dengan cepat juga dapat dikawal menggunakan sungkupan.
Bila musim panas pula, siraman tidak perlu dilakukan dengan kerap kerana faktor dinding batas timbun yang diperbuat dari papan akan bertindak sebagai penebat haba manakala sungkupan juga mengurangkan kekeringan tanah.
Tuaian kangkung berulang kali dengan memotong batang kangkung dan tunas baru akan membesar menjadi kangkung dewasa |
Jarak diantara batas timbun dibiarkan rumput rumpai tumbuh dan potongan rumput rumpai dilakukan minimum sebulan sekali. Sebaiknya 2 ke 3 minggu sekali potongan bergantung samada musim hujan atau panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan