Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 2 November 2018

Kaedah Potong Dan Tinggal ( Chop And Drop )

Salah satu kaedah perkebunan lestari tanpa pembaziran ialah kaedah potong dan tinggal.


Kebiasaanya kaedah ini diamalkan di kebun2 kampung seperti kebun pisang dimana pokok2 pisang yang ditebang, batang dan daunnya di potong dan ditinggalkan samada di rumpun pisang atau diantara rumpun pisang.

Tujuannya supaya apabila bahagian pokok pisang tersebut mereput / mengompos, segala nutrien yang ada pada bahagian pokok pisang tersebut akan kembali ke tanah.


Secara asasnya kaedah potong dan tinggal aka chop and drop ini boleh diamalkan dimana saja contohnya rumput dan rumpai yang tumbuh didalam pasu hanya perlu dipotong / digunting dan dibiarkan sahaja di pasu tersebut.

Akar rumput rumpai yang tersisa akan mereput didalam tanah atau jika tumbuh kembali boleh dipotong lagi berulang kali.

Begitu juga dengan bahagian tumbuh2an yang tidak digunakan, boleh di potong / diracik dan digunakan kembali.

Malahan bahagian batang kayu yang besar juga boleh menggunakan kaedah hugelkultur ( hill culture ) iaitu tanpa perlu kepada pembakaran.

Kaedah potong dan tinggal aka chop and drop seperti ini memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap fungsi tumbuh-tumbuhan termasuk rumput rumpai sebagai pembekal nutrien semulajadi / organik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan