Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 9 Julai 2019

Bunga Dan Pokok Daun Kari

Daun kari amat popular terutama untuk masakan berasaskan kari sebagai pewangi masakan. Anak pokok kari juga mudah didapati di nurseri, pasar tani atau mana2 expo pertanian dan harganya juga amat berpatutan.

Boleh ditanam dalam pasu, beg poli, apa2 bekas yang dibuat lubang serta boleh ditanam ditanah. Kadar pertumbuhan dan kesuburan pokok kari bergantung kepada kesuburan tanah dan pemberian baja yang cukup mengikut keperluan pokok kari.

Di bawah adalah beberapa gambar pokok kari termasuk bunga pokok kari yang ditanam dalam beg poli.

Pokok kari boleh ditanam dan hidup dimana2 sahaja

Ada beberapa pokok dalam beg poli ini

Tunas daun keluar dihujung ranting / batang pokok kari

Daun muda pokok kari warna hijau muda / lembut

Daun kari matang berwarna hijau gelap dan jumlah daunnya berbeza ( gambar diatas mempunyai 17 lai daun utk satu pelepah daun )

Daun tua akan bertukar kuning dan akan gugur satu persatu manakala tangkai pelepahnya juga akan gugur kemudian

Bunga pokok daun kari yang juga ditanam dalam beg poli

Dari jauh kelihatan warna putihnya dan berjambak

Baunya harum dan bunga yang belum kembang ada yang jadikan ulam

Bunga pokok daun kari akan menjadi putik buah dan buah matang berwarna kehitaman dan juga mempunyai biji benih kecil hitam.

Pokok kari juga boleh dibiakkan secara keratan batang walaupun biasanya anak pokok kari diambil dari anak yang keluar dari akar pokok induk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan