Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 2 Julai 2019

Tanam ( Kompos ) Kulit Durian Dan Kulit Nangka

Banyak sekali kegunaan batas timbun termasuk sebagai komposter. Kali ini kulit durian yang berduri dan kulit nangka akan ditanam dibatas timbun tanpa di racik. Selepas sebulan akan dikorek semula untuk melihat hasilnya.

Lubang dikorek melintang batas timbun dengan kedalaman 6-7 inci. Kulit durian dan kulit serta empulur nangka di letakkan kedalam lubang tersebut. Batas di kambus kembali dan dibiarkan.

Proses ini dibuat untuk melihat kesan pengomposan dibatas timbun terhadap sisa buah2an. Video dibawah adalah menerangkan dengan lebih jelas proses penanaman kulit durian dan kulit / empulur nangka.


Sisa tanaman termasuk kulit dan sebagainya dapat di tukar menjadi bahan penambahan tanah bertujuan untuk menyuburkan tanah. Ianya juga dapat menjadi makanan kepada mikroorganisma tanah.

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Kompos

Tiada ulasan:

Catat Ulasan