NR bersaiz 1 gelen seperti dibawah tidak sesuai untuk tanaman cili, terung, bendi, tomato, kekacang dan sebagainya kerana faktor kapasiti media tanam dan takungan air yang sedikit.
Penggunaan bekas tanaman bersaiz 2 gelen ke atas lebih praktikal kerana lebih berat serta takung air lebih banyak. Pokok yang sedang membesar memerlukan air yang banyak untuk tidak mengganggu proses berbunga dan berbuah.
--------------------------------------------------------------
Di sebabkan terdapatnya baldi murah di kedai RM2, maka projek NutriPot Ringkas telah ditambah baik seperti berikut :
Polibeg telah digantikan dengan baldi sebagai tempat tanaman, sumbu dipasang dan juga dibuat lubang kecil untuk air turun ke takung |
Sumbu dijulurkan kebawah baldi tempat tanaman dan panjang sumbu boleh mencecah dasar baldi takung |
Lubang kecil untuk air lebihan keluar dibuat pada baldi yang bertindak sebagai takung air |
3 pokok cili dan 1 pokok terung dipindahkan ke NutriPot Ringkas ini dan disiram air baja ( baja biji yang dicairkan ) |
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan