Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 21 November 2026

10 Rumpun Tebu Kuning Setelah Sebulan Dipindahkan

Setelah sebulan, nampak perkembangan anak² tebu sangat baik kerana anak² tebu ini telah berada di semaian planter bag selama 2 bulan sebelum dipindahkan.

Sungkupan perlu agak tebal untuk kurangkan pertumbuhan rumput terutama musim hujan.

Tiang kayu pula perlu dilindungi dari terkena hujan dan panas secara terus dan berterusan. Ini untuk lambatkan pereputan tiang kayu tersebut.









Link video :



3. Shopee :

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah


Ahad, 15 November 2026

Penjagaan Pokok Tut Umur 5 Bulan Dalam Planter Bag 75 Liter

Berikut adalah ringkasan untuk penjagaan pokok buah²an tut dalam planter bag 75 liter. Ini adalah panduan untuk mendapatkan hasil terbaik dari pelaburan menanam pokok buah²an tut dalam planter bag 75 liter.





Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Setelah 4.5 Bulan Dipindahkan Kedalam Planter Bag 75 Liter

Pokok lemon, jambu madu, rambutan anak sekolah dan longan berlian sudah 4 bulan setengah sejak dipindahkan kedalam planter bag / beg tanaman 75 liter.

Perkembangannya amat memberangsangkan dengan pokok lemon sudah berbunga dan berputik.

Setakat ini pokok rambutan anak sekolah yang paling perlahan tumbesarannya.

Pokok lemon semasa baru dibeli

Pokok lemon sekarang

Pokok jambu madu dulu

Pokok jambu madu sekarang

Pokok rambutan anak sekolah dulu

Pokok rambutan anak sekolah sekarang

Pokok longan berlian dulu

Pokok longan berlian sekarang

Dulu

Sekarang

Link video :



3. Shopee :

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Jumaat, 6 November 2026

Planter Bag Easy Grow 50 Liter

Sebelum ini menggunakan planter bag 75 liter untuk tanam pokok² tut seperti rambutan, longan, jambu madu, lemon, jambu batu dan beberapa pokok lagi seperti pandan, kari, keladi, nenas, buah naga, peria, kacang kelisa dan sebagainya.

Kali ini akan menggunakan planter bag 50 liter pula untuk tanaman² herba dan sayuran yang lebih kepada tanaman sekali tanam ( jangkamasa pendek ).

Saiz planter bag 50 liter jenama easy grow ini ialah diameter 40 cm x tinggi 40 cm. Lebih kecil dari planter bag 75 liter. Lebih ringan berbanding planter bag 75 liter jika penuh diisi media tanam.

Berikut dibawah adalah perbandingan berat antara planter bag 75 liter vs planter bag 50 liter.











Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Ahad, 18 Oktober 2026

Tanam Tebu Kuning Lagi

Memandangkan satu raised bed tebu kuning sedia ada dengan 6 rumpun tebu sudah 2 kali di perah airnya.

Beberapa lagi raised bed akan di tukar kepada raised bed tebu juga secara berperingkat sedikit demi sedikit.

Kali ini menggunakan kayu 2 inci x 2 inci dengan panjang 8 kaki dimana 2 kaki akan ditanam dalam tanah.

Kayu² ini disapu dengan minyak merah, dibalut dengan plastik wrap dan dipanaskan dengan pengering rambut supaya lebih kuat dan lekat.

Kaedah mengorek lubang untuk ditanam kayu juga di permudahkan. Kalau sebelum ini menggunakan pencapak tanah / scop tanah, kali ini menggunakan pula manual soil puncher yang berbentuk separuh bulatan.


































Link video :



3. Shopee :

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah