Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 11 Februari 2026

Tebu Kuning Setelah 3 Bulan Di Raised Bed

Setelah 3 bulan tebu ditanam di raised bed ini, tebu sudah makin besar dan tinggi. Daun²nya makin panjang dan lebar.

Setakat ini tiada baja kimia / sintetik diberikan. Hanya sisa² organik kebun seperti potongan rumput dan racikan daun² diletakkan.

Terdapat serangga perosak iaitu lalat putih (white fly ) yang hinggap dibelakang daun tebu yang sudah melentur, manakala daun muda yang masih tegak masih selamat.

Kawalan lalat putih ( white fly ) :

1. Semburan air sewaktu menyiram, lalat putih ( white fly ) hilang seketika dan akan kembali.

2. Campuran cecair pencuci pinggan, minyak masak dan air, berkesan untuk sementara dan lalat putih ( white fly ) akan kembali.

3. Menggunakan penyembur serangga ( aerosol ), lebih berkesan kerana membunuh lalat putih dan mengurangkan / melambatkan kemungkinan lalat putih ( white fly ) kembali.






















Link video :



Selàmat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Ahad, 8 Februari 2026

Pisang Emas Setelah 6 Bulan di Raised Bed

Sekejap saja masa berlalu, sudah 6 bulan pokok pisang emas ini ditanam di raised bed tepi rumah ini.

Pokoknya sudah besar dan sudah mempunyai tanda² akan berjantung. Kali ini 3 lagi pelepah daun akan dibuang menjadikan 16 helai daun telah di buang setakat ini.

Daun²nya juga telah mulai memendek yang menunjukkan tidak lama lagi pokok pisang emas ini akan berjantung.

Kali ini hanya baja kopi di berikan dan di siram. Sisa² pokok pisang di racik sebagai sungkupan.


















Link video :




Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Rabu, 4 Februari 2026

Kemas Pokok Nenas Belakang Rumah

Ada 13 pokok nenas berbagai peringkat usia yang ditanam sudah berulangkali di dalam kotak polisterine di bahagian belakang rumah.

Pemilihan kawasan belakang rumah kerana pokok nenas lebih tahan lasak dan tidak perlukan penjagaan yang lebih.

Penggunaan tanah hitam sawit, siraman bila tiada hujan, membaja sebulan sekali sudah memadai.

Manakala merumput pula dibuat apabila sudah terlalu banyak rumput yang tumbuh dan menyukarkan kerja² pengurusan pokok² nenas ini.

Setakat ini sudah ada 4 pokok yang berputik dimana 2 darinya sudah menampakkan buahnya.






















Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah


Ahad, 25 Januari 2026

Alihkan Pokok Jambu Batu Tut

Selepas lebih 3 tahun ditut dan lebih 2 tahun di alihkan ke pasu plastik, hari ini dialihkan ke beg tanaman ( planter bag ).

Sebelum itu pokok jambu batu ini telah dipangkas untuk mendapatkan bentuk yang lebih cantik dan rendah.













Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah