Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 26 September 2020

3 Jenis Bunga Betik | 3 Types of Papaya Flowers

Bila kita fokus kepada sesuatu perkara secara lebih mendalam, kita akan dapati banyak perkara yang kita tidak tahu.

Kebiasaannya kita hanya tahu ada betik jantan dan ada betik betina. Betik jantan tidak berbuah manakala betik betina yang menghasilkan buah.

Sebenarnya ada 3 jenis pokok betik yang selalu kita dapat lihat. Dua darinya iaitu betik betina dan betik dwijantina / hermafrodit dapat menghasilkan buah.

Pengkelasan jenis pokok betik berpaksikan kepada jenis bunganya iaitu :

1. Bunga jantan
2. Bunga betina
3. Bunga dwijantina / hermafrodit

Bunga betik akan keluar dari celah ketiak daun.

Terdapat beberapa pokok betik di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) yang berasal dari benih buah yang sama.

# 1 pokok berbunga jantan
# 1 pokok berbunga betina & sudah berbuah
# 2 pokok berbunga hermafrodit / dwijantina
# 8 pokok belum berbunga

1. Pokok betik bunga jantan :

1.1 3 gambar bunga betik jantan ( male )


Bunga betik jantan

Bunga betik jantan

1.2 Ciri2 bunga betik jantan :

1.2.1 tangkai panjang & berjuntai
1.2.2 bunga majmuk / jambak
1.2.3 mempunyai 5 kelopak
1.2.4 warna kuning cair
1.2.5 bunga individu kecil
1.2.6 biasanya tidak berbuah
1.2.7 tiada ovari hanya debunga ( pendebunga )


2. Pokok betik bunga betina :

2.1 3 gambar bunga betik betina ( female )


Bunga betik betina
 
Bunga betik betina

2.2 Ciri2 bunga betik betina :

2.2.1 bentuk kon ( besar di pangkal )
2.2.2 warna kuning cair
2.2.3 bunga besar
2.2.4 mempunyai 5 kelopak
2.2.5 perlukan pendebungaan silang untuk berbuah
2.2.6 mempunyai ovari tanpa debunga
2.2.7 putik buah berbentuk bulat


3. Pokok betik dwijantina ( hermafrodit ) :

3.1 3 gambar bunga betik dwijantina 


Bunga betik dwijantina

Bunga betik dwijantina

3.2 Ciri2 bunga betik dwijantina / hermafrodit :

3.2.1 berbentuk selinder
3.2.2 warna kuning cair
3.2.3 mempunyai 5 kelopak
3.2.4 biasanya pendebungaan sendiri 
3.2.5 mempunyai ovari dan debunga
3.2.6 putik buah berbentuk lonjong

Semoga bermanfaat dan selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BungaBetik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan