Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 8 Oktober 2020

Dua ( 2 ) Tahun Batas Timbun Berdinding Jom Tanam Sayur ( JTS )

Batas timbun berdinding pertama dibuat bulan September 2018 menggunakan papan katil terbuang sebagai dinding.

Tanaman pertama adalah kangkung yang tumbuh dengan amat baik. Begitu juga dengan pokok terung telunjuk yang dibuat batas timbun dengan dinding, menggantikan batas timbun tradisi juga berbuah lebat.

Kemudian, percubaan menanam anak pisang dibuat dibatas timbun berdinding.

Lama kelamaan semakin banyak. Apatah lagi melihat pokok pisang serendah, pisang nangka dan pisang tanduk tumbuh dengan begitu baik sekali.

Berbanding pokok pisang ditepi pagar yang di tanam dengan cara mengorek lubang, memang sangat berbeza kadar pertumbuhan dan penghasilannya.

Begitu juga dengan pokok kantan yang dapat terus berbunga hanya menggunakan bahan2 organik yang diletakkan dibatas timbun.

Bulan September 2020, genaplah 2 tahun batas timbun di kebun Jom Tanam Sayur ( JTS ).

Setelah 2 tahun, batas timbun yang sentiasa di tambah dengan sisa2 kebun semakin subur. Pokok betik yang ditanam sebagai tanaman ujian juga membesar dengan begitu baik. Alhamdulillah ...

Hujan dan panas membantu mempercepatkan proses pereputan sisa kebun menjadi kompos dan humus.

Rumput yang dipotong secara bulanan juga semakin subur dan banyak hasilnya. Nutrien percuma dari rumput untuk tanaman di batas timbun.

Semakin banyak burung, katak, pepatung, kupu2 dll yang datang bertandang.

Sisa dapur juga tidak putus2 samada di tanam dibatas timbun, di tanah kosong tepi pagar atau direndam sebagai baja cecair.

Siput babi juga semakin banyak. Ada yang mati kerana racun siput, ada yang dimatikan dan akhirnya menjadi baja.

Segerombolan monyet liar juga sudah semakin berani mengintai tanaman di kebun.

Kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS )

Betik 3 pokok di batas timbun 1 meter lebar / diameter

Pokok pisang nangka, delima, pisang 40 hari, jambu batu & puding belacan


Betik, nenas, limau purut, tebu


Betik, jambu batu, pisang tanduk, keledek, keladi

Betik, pisang tanduk

Pisang rendah, nenas, kantan

Pisang rendah, ubi kayu


Video dua tahun batas timbun kebun bandar JomTanamSayur ( JTS ).


Selamat berkebun ...


#JomTanamSayur

#BatasTimbun

#KebunBandar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan