Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Buah-Betik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah-Betik. Papar semua catatan

Khamis, 10 Ogos 2023

Pokok Ubi Kayu, Pegaga & Betik Tut

Pokok ubi kayu perlu dirapikan semula kerana sudah agak tinggi dan semakin menjadi semak.

Pokok pegaga di bahagian bawahnya pula naik dengan subur.  Akan di kutip kemudian.

Pokok betik yang ditut 2.5 bulan lepas juga akan dipotong dan dipindahkan ke planter bag.











Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Link video :



Artikel berkaitan :





Sabtu, 13 Mac 2021

Buah Betik Muda | Young Papaya Fruits

Iklan : Jom bersama kita bangunkan ekosistem ekonomi Islam tanpa riba bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia ( KoPPIM ) Klik Sini

Selain dari buah betik masak ( buah betik tua yang di peram ), buah betik muda juga banyak kegunaanya yang lain samada sebagai bahan masakan, kecantikan, perubatan dll.

Buah betik muda ialah buah betik yang kulit kebiasaannya bewarna hijau ( bergantung varieti ), masih keras isinya, mempunyai biji berwarna putih dan banyak serta bergetah.

Antara resepi masakan buah betik muda yang biasa dibuat orang ialah :

1. Kerabu betik yang pelbagai, bergantung kepada kesukaan masing2.
2. Pelbagai jenis sayuran dari sayur air kepada sayur yang lebih komplek.
3. Ulam2an samada mentah atau direbus.
4. Jeruk masam atau jeruk manis dll.
5. Halwa bergula atau pedas dll.
6. Somtam masakan ala Thai.
7. Dan bermacam2 lagi resepi dari buah betik muda.

Antara manfaat kesihatan buah betik muda ialah :

1. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka.
2. Membantu melancarkan haid pada wanita.
3. Membantu proses pelawasan.
4. Menstabilkan proses pencernaan.
5. Meredakan ketegangan otot.
6. Dan lain2 lagi manfaat kesihatan buah betik muda.

Manfaat kecantikan buah betik muda pula ialah :

1. Mengatasi masalah tumit pecah.
2. Mencantikkan kulit.
3. Meningkatkan ketahanan tubuh.
4. Dan lain2 lagi manfaat kecantikan buah betik muda.

Buah betik muda dan buah betik tua di pokok

Buah betik muda yang telah dikupas dan dipotong, isinya berwarna cerah

Buah betik muda yang telah disagat

Buah betik muda mempunyai banyak kandungan air

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#Betik
#Papaya

Rabu, 25 November 2020

Perkembangan Pokok Betik | Papaya Growth Progress

Melihat perkembangan pokok betik di kebun bandar JomTanamSayur ( JTS ).

Dari biji benih buah betik dwijantina yang disemai telah menghasilkan 3 jenis pokok betik :

1. Betik jantan                               

2. Betik betina

3. Betik dwijantina / hermafrodit

Kalau tahu nisbahnya, kita mungkin dapat mengesan jenis pendebungaan yang berlaku kepada bunga yang membentuk buah tersebut secara lebih tepat insyaAllah.

Jenis pendebungaan bunga betik :

1. Sendiri

2. Kacuk

Nisbah Penghasilan Jenis Biji Benih Betik :

1. Pokok betina + pokok jantan  ( menghasilkan 50% betina + 50% jantan )

2. Pokok betina + pokok dwijantina ( menghasilkan 50% betina + 50% dwijantina )

3. Pokok dwijantina + pokok jantan ( menghasilkan 1/3 betina + 1/3 dwijantina + 1/3 jantan )

4. Pokok dwijantina + pokok dwijantina ( menghasilkan 2/3 dwijantina + 1/3 betina )

Berdasarkan pemerhatian di kebun JomTanamSayur ( JTS ) berkemungkinan besar biji benih yang digunakan terhasil dari bunga betik dwijantina yang didebungakan oleh debunga betik jantan .... wallahuaklam.

Betik dwijantina atau hermafrodit - sudah berputik cuma putiknya belum lekat

Belum berbunga

Belum berbunga

Belum pasti jenis bunganya

Betik betina

Betik betina dengan buah yang sudah matang

Betik dwijantina atau hermafrodit - buahnya berbentuk lonjong dan putiknya berbentuk seperti tanduk

Ada 6 pokok betik disini. Sepokok betik jantan dan lagi 5 belum berbunga.

Ladang2 komersial hanya akan mengekalkan jenis betik dwijantina atau hermafrodit dan membuang betik jantan dan betik betina untuk mendapatkan kualiti buah betik terbaik.

Video dibawah adalah gambaran lebih jelas berkaitan tajuk diatas :


Semoga bermanfaat ...
Selamat berkebun & bye ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#Betik

Rabu, 21 Oktober 2020

Kenapa Putik Bunga / Putik Buah Betik Gugur ?

Terdapat 3 jenis pokok betik berpaksikan jenis bunganya :

1. Betik jantan

2. Betik betina

3. Betik dwijantina / hermafrodit

Betik jantan tidak berbuah manakala betik betina dan betik dwijantina / hermafrodit dapat berbuah dengan pendebungaan.

Betik betina perlu kepada pendebungaan silang manakala betik dwijantina dapat berbuah dengan pendebungaan sendiri atau pendebungaan silang.

Agen pendebungaan boleh jadi serangga, angin atau manusia.

Biasanya selepas pendebungaan berjaya, putik buah akan membesar menjadi buah.

Buah betik betina berbeza dari buah betik dwijantina / hermafrodit dari segi bentuk, saiz, rasa dan biji benih yang terbentuk.

Tetapi persoalannya ialah kenapa bunga atau putik betik boleh gugur ?

Antara Penyebab Putik Bunga / Putik Buah Betik Gugur ialah :

1. Pokok belum matang - pokok baru belajar berbunga dan bila berputik, putik akan gugur.

2. Serangga Perosak - bagi pokok yang sudah matang, mungkin ada perosak yang makan bahagian tertentu putik tersebut.

3. Makhluk perosak - tupai, kera dan sebagainya.

4. Cuaca - cuaca yang ekstrem akan mempengaruhi fungsi fisiologi pokok betik.

5. Kekurangan air - tanah yang kering akan membantutkan proses pembungaan / pembuahan.

6. Buah berlebihan - pokok akan berkompromi untuk memastikan sumber yang terhad digunakan sebaiknya.

7. Kesuburan tanah - tanah tidak subur / kurang subur ( padat ) tidak dapat membekalkan keperluan lengkap untuk pokok betik.

8. Kekurangan nutrien / baja - kekurangan nutrien khusus untuk bunga dan buah.

9. Pendebungaan - tiada pendebungaan atau pendebungaan tidak lengkap. Mungkin tiada atau kurangnya agen pendebunga atau tiada pokok pendebunga dikawasan berdekatan.

10. Pangkasan - pangkasan daun dan buah sekunder untuk fokus kepada buah utama.

11. Cara penanaman - penanaman yang padat, tanaman selingan yang tidak sesuai dll.

12. Lokasi penanaman - kawasan berangin kuat mungkin mempengaruhi gugurnya bunga / putik buah betik.


Putik betik dwijantina, perhatikan putiknya yang berbentuk seperti tanduk ...

Pokok betik betina yang baru belajar berbunga ... bunga betina lebih ringkas / mudah ...

Putik betik dan buah betik betina, perhatikan kelompok buah dibahagian bawah. Kemudiannya semua putik gugur dan selepas itu baru putik melekat semula di bahagian atas ...

Semoga bermanfaat dan selamat berkebun ...

#JomTanamSayur

#Betik

Sabtu, 26 September 2020

3 Jenis Bunga Betik | 3 Types of Papaya Flowers

Bila kita fokus kepada sesuatu perkara secara lebih mendalam, kita akan dapati banyak perkara yang kita tidak tahu.

Kebiasaannya kita hanya tahu ada betik jantan dan ada betik betina. Betik jantan tidak berbuah manakala betik betina yang menghasilkan buah.

Sebenarnya ada 3 jenis pokok betik yang selalu kita dapat lihat. Dua darinya iaitu betik betina dan betik dwijantina / hermafrodit dapat menghasilkan buah.

Pengkelasan jenis pokok betik berpaksikan kepada jenis bunganya iaitu :

1. Bunga jantan
2. Bunga betina
3. Bunga dwijantina / hermafrodit

Bunga betik akan keluar dari celah ketiak daun.

Terdapat beberapa pokok betik di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) yang berasal dari benih buah yang sama.

# 1 pokok berbunga jantan
# 1 pokok berbunga betina & sudah berbuah
# 2 pokok berbunga hermafrodit / dwijantina
# 8 pokok belum berbunga

1. Pokok betik bunga jantan :

1.1 3 gambar bunga betik jantan ( male )


Bunga betik jantan

Bunga betik jantan

1.2 Ciri2 bunga betik jantan :

1.2.1 tangkai panjang & berjuntai
1.2.2 bunga majmuk / jambak
1.2.3 mempunyai 5 kelopak
1.2.4 warna kuning cair
1.2.5 bunga individu kecil
1.2.6 biasanya tidak berbuah
1.2.7 tiada ovari hanya debunga ( pendebunga )


2. Pokok betik bunga betina :

2.1 3 gambar bunga betik betina ( female )


Bunga betik betina
 
Bunga betik betina

2.2 Ciri2 bunga betik betina :

2.2.1 bentuk kon ( besar di pangkal )
2.2.2 warna kuning cair
2.2.3 bunga besar
2.2.4 mempunyai 5 kelopak
2.2.5 perlukan pendebungaan silang untuk berbuah
2.2.6 mempunyai ovari tanpa debunga
2.2.7 putik buah berbentuk bulat


3. Pokok betik dwijantina ( hermafrodit ) :

3.1 3 gambar bunga betik dwijantina 


Bunga betik dwijantina

Bunga betik dwijantina

3.2 Ciri2 bunga betik dwijantina / hermafrodit :

3.2.1 berbentuk selinder
3.2.2 warna kuning cair
3.2.3 mempunyai 5 kelopak
3.2.4 biasanya pendebungaan sendiri 
3.2.5 mempunyai ovari dan debunga
3.2.6 putik buah berbentuk lonjong

Semoga bermanfaat dan selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BungaBetik

Ahad, 20 September 2020

Kawat Jaring, Batas Timbun & Pokok Betik

Bahan-bahan :

Bahan2 untuk membuat Batas Timbun ( Raised Bed ) menggunakan dinding kawat jaring di kebun bandar JomTanamSayur ( JTS ).

1. Kawat jaring
2. Kotak kertas
3. Bahan2 kompos
4. Ranting kayu
5. Tanah dan campuran tanah
6. Baja organik, sintetik atau keduanya.

Cara membuat dinding Batas Timbun ( Raised Bed ) dari kawat jaring :

1. Kawat jaring dipotong dengan ketinggian 1kaki.
2. Buat bulatan dengan diameter 3kaki ( +/- 1meter ).
3. Kotak kertas juga dipotong ketinggian 1kaki sebagai lapik bahagian dalam dinding Batas Timbun ( Raised Bed ).
4. Ranting kayu dipotong dan dijadikan penahan kotak.





Cara2 Penyediaan Batas Timbun ( Raised Bed ) Berdinding Kawat Jaring.

1. Letakkan kawat jaring ( dinding ) di tempat yang dikehendaki diatas tanah asal.
2. Letakkan kotak kertas yang telah dipotong dibahagian dalam kawat jaring ( dinding ).
3. Masukkan bahan2 kompos, sisa kebun dan sebagainya.
4. Letakkan tanah secara merata.
5. Taburkan baja samada organik ataupun sintetik secara merata.
6. Ulang langkah 3, 4  & 5 sehingga Batas Timbun ( Raised Bed ) hampir penuh.
7. Bahagian atas sekali adalah untuk sungkupan ( sungkupan terbaik mungkin dari potongan daun tebu, buluh, lalang, serai dan sebagainya ).








Cara2 Menanam Pokok Betik di Batas Timbun ( versi JTS ).

1. Buat lubang hingga separuh Batas Timbun ( bergantung kepada saiz & tinggi bahan tanaman, kedalaman maksima diaras tanah asal saja ).
2. Tanam pokok betik dan kambus seperti biasa. Sungkupan diratakan.
3. Siram sehingga tanah benar2 lembab ( bahan2 kompos didalam tanah yang lembab lebih cepat mereput dan terurai ).





Cara2 Penjagaan Tanaman Betik di Batas Timbun

1. Penyiraman bertumpu ke Batas Timbun. Tidak perlu jika hujan atau musim hujan.
2. Penambahan bahan kompos dan tanah secara berkala untuk kekalkan kelonggaran tanah.
3. Pembajaan mengikut peringkat tumbesaran pokok. Kekurangan / kelebihan unsur akan kelihatan pada pokok samada daun, pucuk, bunga, buah dan sebagainya.
4. Kawalan penyakit dan perosak secara berkala juga penting untuk mengelakkan kerugian.
5. Buah betik perlu dituai bila sudah matang ( mengikut keperluan penggunaan ).

Video

Sila tonton video dibawah untuk proses2 pembuatan batas timbun ( raised bed ) menggunakan kawat jaring sebagai asas dinding.


Selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Betik

Selasa, 1 September 2020

Buah dan Pokok Betik di Kebun JTS

Satu atau sepohon betik telah berbuah setelah lebih kurang 5 bulan dipindahkan dari beg poli.

Buahnya berbentuk agak lonjong, adakah ini betik dwijantina / hermafrodit?

Tinggi pokok sekitar 5-6 kaki dan ditanam di batas timbun ( raised bed ).

Selepas kelompok putik pertama yang mengandungi 8 putik membesar menjadi buah, beberapa putik pula gugur dan kemudian barulah putik yang baru membesar pula.

Adakah kekurangan nutrien, kekurangan kelembapan, kekurangan bahan organik, perubahan cuaca dll memberi impak ketara kepada pertumbuhan pokok betik, jenis betik yang terjadi serta penghasilan buahnya?

 Pokok betik dwijantina / hermafrodit ?

Bentuk buah agak lonjong, berwarna hijau ketika muda dan bergetah

Bunga, putik serta buah betik di kebun JomTanamSayur

Video ringkas berkaitan buah dan pokok betik

Selamat berkebun...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Betik