Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 25 September 2019

Jerebu Dan Kesannya Kepada Pekebun Bandar

Sudah menjadi musim pula jerebu ini kan ! Setiap tahun pasti ada masalah yang mengakibatkan jerebu. Seolah2 tiada penyelesaian tuntas dari pihak penguatkuasa, kementerian dan kerajaan negara2 terlibat.

Yang pastinya jerebu telah menyebabkan aktiviti seharian termasuk berkebun terganggu. Ada beberapa perancangan yang terpaksa ditunda memikirkan kesan dan akibat terdedah kepada habuk / asap jerebu untuk tempoh lama.


Oleh kerana musim jerebu, elok juga kita ambil tahu sedikit sebanyak tentang jerebu :

1. Apa itu jerebu ?

Jerebu adalah partikel2 kecil / halus ( bukan sekadar asap ), tidak kelihatan pada mata kasar serta terapung2 di udara. Jerebu pada tahap sedikit tidaklah sangat mengganggu, tetapi bila sudah banyak berkumpul ianya akan mengakibatkan byk perkara negatif yang saling berkaitan.

Jerebu bila sudah banyak akan berkelompak dan menghalang sinaran matahari dan meningkatkan masalah berkaitan kesihatan, keselamatan dan sebagainya.

Jerebu mempunyai kaitan rapat dengan api, asap, habuk serta angin. Pada mata kasar, jerebu boleh di nilai dengan warna putih -> kuning -> oren -> merah -> kehitaman dengan yang terakhir adalah tahap paling teruk.

Jerebu dikatakan " bencana buatan manusia " kerana keterlibatan manusialah yang memulakan perkara2 yang akhirnya mengakibatkan jerebu. Jerebu tahun 1997 dikatakan antara jerebu terburuk pernah terjadi kerana melibatkan kawasan yang amat luas.

2. Apakah Penyebab atau Punca2 Jerebu ?

a. kemarau - musim kemarau yang biasanya dikaitkan dengan kekurangan hujan biasanya adalah faktor tambahan kepada kejadian jerebu.
b. asap kilang - yang tidak di tapis mengakibatkan bahan2 berasid / kimia bercampur diudara dan kualiti udara bertambah buruk bila keadaan berjerebu.
c. asap kenderaan - masalah yang berkaitan tamadun manusia.
d. tiupan angin - tiupan angin yang perlahan atau berputar / berpusar di kawasan tertentu sahaja juga mengakibatkan jerebu tidak dapat hilang dengan cepat.

Walaupun faktor2 diatas ada menyumbang kepada keadaan berjerebu tetapi faktor utama tetap di tangan manusia iaitu pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka pula terbahagi kepada pembakaran terbuka kecil atau skala kecil seperti :
a. pembakaran jerami padi selepas musim menuai padi yang lebih kepada masalah jerebu asap dan tidaklah mengambil masa terlalu lama untuk hilang.
b. pembakaran hutan masyarakat orang asal / asli untuk kelangsungan hidup. Ini juga tidak begitu menyumbang kepada keadaan berjerebu kerana biasanya kawasan yang dibakar tidaklah luas dan terkawal.
c. pembakaran sengaja / khianat juga walaupun bergantung kepada kawasan masih tetap dapat dikawal kerana biasanya berhampiran kejiranan atau jalanraya.
d. pembakaran sampah / bahan2 terpakai / terbuang, juga biasanya tidak merebak dan boleh di padamkan dengan lebih mudah.
e. pembakaran tapak pelupusan sampah, mengakibatkan kawasan yang tetap dan boleh dijangka kesannya.

Yang paling memberikan kesan jerebu ialah pembakaran terbuka skala besar di hutan2 ( untuk pertanian, penternakan, perlombongan, pembalakan, perpindahan penduduk dan sebagainya), juga   pembakaran ladang2 untuk penanaman semula. Pembakaran seperti ini ( tebas dan bakar / slash and burn ) biasanya melibatkan kawasan yang luas dan dilakukan serentak ( untuk hasil yang cepat, kos yang rendah ) dan biasanya jauh di dalam hutan mengakibatkan masalah kawalan dan pemadaman api amat sukar apatah lagi jika melibatkan tanah gambut.

3. Apakah kesan2 Disebabkan Jerebu

a. kesan kesihatan - peningkatan kes berkaitan pernafasan, paru2, jantung, alahan, mata, demam dan juga boleh membawa maut. Kanak2, orang tua, wanita hamil, perokok, pekerja luar bangunan antara yang akan terjejas.
b. kesan kekal alam sekitar - biodiversiti hutan akan musnah, flora dan fauna asli akan pupus dan keadaan tidak akan sama lagi seperti asal.
c. kesan sementara alam sekitar - pencemaran udara, kotor & busuk. Mungkin akan ada masalah bekalan air jika hutan tadahan air turut terjejas.
d. ekonomi - akan terlibat secara langsung dan tidak langsung. Kos2 berkaitan akan naik dan perbelanjaan tambahan akan diperlukan. Perdagangan / pengangkutan akan terjejas.
e. keselamatan - isu2 berkaitan keselamatan akan semakin melarat apabila jarak pandangan semakin bermasalah. Cara hidup juga akan berubah samada kekal atau sementara.
f. hubungan dua hala antara negara akan terjejas, saling menuding jari.
g. dan lain2 masalah berlanjutan dari masalah jerebu.

4. Cara Mengatasi Jerebu

a. pembenihan awan
b. pemadaman manual darat / udara
c. penguatkuasaan undang2
d. kerjasama antara agensi, kementerian, negara
e. kesedaran semua pihak terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar
f. pendidikan di semua tahap

5. Tanda2 Terkena Kesan Jerebu

a. gatal2 kerongkong
b. pedih2 mata / berair
c. selsema / hidung berair / demam
d. batuk2
e. sesak nafas / sakit dada
f. kerap bersin
g. kulit gatal2

6. Cara Kurangkan Kesan Akibat Jerebu

a. ambil ubat doktor
b. kurangkan aktiviti luar
c. gunakan penutup hidung
d. jangan merokok
e. berada di rumah / dalam bangunan
f. banyak minum air
g. kerap mandi
h. gunakan hawa dingin semasa berkenderaan
i. bercuti ketempat yang bebas jerebu

7. Indek Jerebu

Musim jerebu, kita akan dihidangkan dengan nombor2 yang memberikan tafsiran tahap jerebu.
0-50 baik
51-100 sederhana
101-200 tidak sihat
201-300 sangat tidak sihat
301-500 merbahaya
>500 darurat akan di isytiharkan

PM2.5 ( Particle Matter 2.5 ) digunakan untuk mengukur kepekatan / kehadiran partikel2 kurang 2.5 mikron dalam udara dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) dan dikongsi melalui portal APIMS.

8. Hujan Jerebu

Semasa artikel ini ditulis, hujan sudah mulai turun, Alhamdulillah, langit sudah nampak biru tetapi awas, hujan musim jerebu juga ada bahayanya walaupun mampu turunkan suhu dan bahang panas.

a. hujan jerebu mengandungi asid sulfur dioksida,  nitrogen oksida dan mungkin asid2 lain juga.
b. hujan berasid juga mampu merosakkan ekosistem marin, menghakis banggunan bersejarah, mengganggu kesihatan manusia, menjejaskan kimia dan biologi tanah dll.

Sekian dan selamat kembali berkebun







Tiada ulasan:

Catat Ulasan