Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 10 September 2019

Batas Timbun + Berkebun Tanpa Pembaziran = Dusun Bandar

Batas timbun ( raised bed ) + berkebun tanpa pembaziran ( zero waste gardening ) boleh di naik taraf ( upgrade ) menjadi satu konsep baru iaitu Dusun Bandar. Bila namanya Dusun Bandar bermakna ianya akan melibatkan penanaman pokok buah2an.

Pokok buah2an yang ditanam perlulah jenis tut / rendah dan memberikan hasil dalam masa yang paling singkat. Pokok pisang menjadi pilihan sebagai tanaman utama kerana tempoh matang yang lebih cepat ( kurang 2 tahun ).

Manakala pokok buah2an tempatan seperti jambu, rambutan dan sebagainya akan di atur mengikut kesesuaian kawasan yang ada.

Buat permulaan, pokok jambu batu tanpa biji dalam Nutripot Ringkas 2 Gelen ( NR2 ) telah dialihkan ke batas timbun pokok pisang tanduk + ubi keledek. Bekas NR2 telah disemai dengan benih kangkung.

Pokok jambu batu tanpa biji dalam sistem Nutripot Ringkas 2 Gelen ( NR2 )

Lubang dibuat diantara 2 anak pokok pisang tanduk

Ada sedikit akar yang sudah sampai ke dasar takung

Batang sudah makin besar dan keras berkayu

Pokok yang sihat tanpa ada tanda2 serangan perosak atau penyakit

Akar2 pokok jambu batu yang mengikut bentuk baldi

Sudah siap ditanam di batas timbun

Semaian kangkung dalam sistem NR2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan