Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 11 Disember 2019

Organisma Tanah

Keseimbangan organisma tanah ( antara organisma berfaedah vs organisma perosak / penyakit ) amat penting untuk tanaman / tumbuhan hidup, membesar dan memberikan hasil kepada manusia dan hidupan diatas tanah.

Malahan dalam kelompok organisma yang sama juga perlu adanya keseimbangan yang baik. Ada sebahagian organisma akan menjadi organisma jahat manakala sebahagian yang lain akan menjadi organisma baik.

Kita perlu pastikan populasi organisma baik lebih banyak dari populasi organisma jahat dalam tanah. Jika pun adanya serangan penyakit bawaan organisma tanah, ianya akan berada pada tahap minima / terkawal.

Kalau keadaan tidak sesuai, kemungkinan organisma baik pada asalnya boleh bertukar menjadi organisma perosak / penyakit. Misalnya keadaan tanah yang kurang sempurna atau teruk. Perubahan suhu tanah, turun naik pH tanah, kandungan oksigen dalam tanah, kelembapan tanah, penggunaan bahan kimia dan sebagainya.

Kalau keadaan tanah sesuai untuk penyakit, maka penyakit akan merebak. Kalau keadaan tanah sesuai untuk pertumbuhan, maka tumbuhan akan tumbuh dengan baik.



Organisma tanah ada yang perlukan oksigen, ada yang tidak perlukan oksigen atau boleh kedua2nya.

Hubungan antara tanaman dan tanaman yang lain, tanaman dengan organisma tanah dan hubungan sesama organisma tanah boleh menjadi sangat ringkas atau sangat rumit.

Secara ringkas, organisma tanah terbahagi kepada :

1. Flora ( tumbuhan )

1.1 Makroflora
1.1.1 Akar tanaman
1.1.2 Kulat
1.1.3 Lumut
1.1.4 Mikoriza
1.1.5 dan lain2 lagi

1.2 Mikroflora
1.2.1 Bakteria
- agrobacterium, arthobactor, bacillus, alcaligens, clostridium, corynebacterium dll.
1.2.2 Virus
- bacteriophages, eukaryotic dll.
1.2.3 Aktinomaicitis
1.2.4 Alga
1.2.5 Fungi
1.2.6 dan lain2 lagi

2. Fauna ( haiwan )

2.1 Makrofauna
2.1.1 Cacing
2.1.2 Ulat gonggok
2.1.3 Lipan
2.1.4 Semut
2.1.5 Ulat
2.1.6 Anai2
2.1.7 Siput
2.1.8 Lintah bulan
2.1.9 dan lain2 lagi

2.2 Mikrofauna
2.2.1 Protozoa
2.2.2 Nematod
2.2.3 Rotifera
2.2.4 dan lain2 lagi

Sebetulnya masih banyak rahsia alam tanah yang belum diketahui manusia termasuk organisma didalamnya.

Antara fungsi2 penting organisma tanah ialah :
1. membantu proses pengomposan / pereputan / penguraian bahan2 organik
2. membantu menyuburkan / menggembur tanah / elakkan larian nutrien
3. membantu akar mendapatkan nutrien, air dan sebagainya
4. kitaran nitrogen dan kitaran karbon
5. hubungan simbiosis antara akar tanaman dan organisma
6. kawalan pH tanah, mengurangkan jangkitan penyakit
7. mengikat nitrogen di udara
8. menjaga kesihatan, kesuburan tanah serta keseimbangan alam
9. dan lain2 lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan