Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Buah-Pisang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah-Pisang. Papar semua catatan

Ahad, 7 Disember 2025

Pisang Emas Selepas 4 Bulan Di Raised Bed

Sedar tak sedar dah 4 bulan anak pisang emas ini di raised bed. Setakat ini perkembangannya sangat menggalakkan.

Dah banyak sulur atau anaknya yang muncul dan pokoknya juga dah semakin besar. Daun²nya sudàh semakin lebar dan hijau.

Kali ini semua sulur dibuang untuk fokus kepada pokok induk dahulu.

Kali ini sebanyak 5 helai daunnya dibuang menjadikan keseluruhannya 13 helai daun dibuang setakat ini.

Pembajaan dengan baja npk dibuat. Air siraman dari air rendaman kulit tebu juga dicurahkan.




















Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Jumaat, 10 Oktober 2025

Anak Pisang Emas Setelah 2 Bulan di Raised Bed

Alhamdulillah, setelah 2 bulan ditanam di raised bed, 3 anak pokok pisang emas telah naik dengan cantik.

Manakala 1 lagi anak pokok pisang emas yang ditanam dalam raised bed bulat tepi pagar telah mati dan diganti dengan anak pokok kantan.

Ada 3 pelepah daun pisang di potong / di buang dari setiap pokok dan sisa²nya diracik sebagai sungkupan raised bed.

Pelepah / daun pisang ini akan dikira jumlahnya sehingga tuaian dibuat untuk mengetahui jumlah keseluruhannya.

Setelah itu pembajaan dengan baja kopi + npk dibuat dan disiram.

Setelah 2 bulan, pokok pisang cepat membesar apatah lagi kalau tanah subur, air & baja cukup, ruang mencukupi dan cahaya yang cukup

Seronok dapat tengok pokok pisang membesar depan mata

Daun yang tak sabar² nak keluar terutama musim hujan

Warna daun menjadi petunjuk kesuburan tanah dan kesihatan pokok pisang

Disini telah ditanam dengan anak pokok kantan pula

Selepas 3 pelepah / daun pisang dibuang, dibaja dan disiram

Semoga tumbuh sihat hingga berjaya dituai buahnya ... inshaAllah

Link video :




Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah

Isnin, 8 September 2025

Anak Pisang Emas Selepas Sebulan Di Raised Bed

Selepas sebulan ditanam di raised bed tepi rumah, anak² sulur pisang emas yang dibeli secara dalam talian ini mulai berdaun.

Umbisi pisang biasanya mempunyai beberapa tunas² yang berpotensi tumbuh menjadi anak² pokok pisang.

Kadang² kita akan nampak anak pokok pisang mati tetapi kemudiannya akan ada anak pokok pisang yang lain pula tumbuh.
















Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Isnin, 11 September 2023

Pisang Nangka Pula Dah Masak

Dalam duk sibuk siapkan raised bed bulat tepi pagar, baru perasan pisang nangka dekat pokok jambu batu ni dah masak.

Raised bed ini membantu pertumbuhan tanaman dengan baik apatah lagi dengan adanya banyak sisa² organik yang diletakkan sebagai sungkupan dan bahan campuran tanah.



















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :