Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 27 Mei 2021

Perkembangan Pokok Keladi Sayur selepas 2 Bulan Di Alihkan

Pokok keladi sayur yang dialihkan pada 30.3.21 iaitu hampir 2 bulan lepas sudah membesar dengan begitu baik sekali.

Tanah batas timbun yang ditanam dengan sisa dapur dan mempunyai banyak bahan organik memungkinkan pertumbuhan yang sebegini cepat.

Terdapat banyak jenis keladi sayur, ada yang boleh dimakan batangnya sahaja, ada yang ubi dan batangnya juga boleh dimakan atau di proses.

Semasa dialihkan pada 30.3.21

Pada 24.5.21, untuk buat sayur, batangnya boleh di potong

Subur menghijau, untuk ubinya perlu tunggu 9 bulan keatas

Daun besar berbentuk hati dan bewarna hijau, biasa dibuat untuk membungkus masakan / makanan.

Video pokok keladi di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) di bawah ...


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture
#Keladi
#Yam
#Taro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan