Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 27 Julai 2021

Beberapa Jenis Bunga Ros Jepun | Portulaca Grandiflora

Ada beberapa jenis bunga ros jepun yang ada di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) setakat ini.

Pokok bunga ros jepun ini senang dibiakkan dengan keratan batang, walaupun ada juga biji benih yang dijual.

Dalam masa sebulan atau lebih sedikit, jika dibiakkan dengan keratan batang, kuntuman bunga akan mulai membentuk.

Dan selepas itu ianya akan terus membiak dan berbunga silih berganti. 

Perlu diingat yang pokok bunga ros jepun perlukan sinaran matahari terus untuk hidup dan berbunga dengan baik.

Ros jepun tidak begitu cerewet penjagaanya, perlu disiram dua kali sehari terutama hari yang panas.

Pembajaan sebulan sekali dengan baja bunga sudah mencukupi.

Merumput perlu dibuat bila perlu kerana pokok bunga ros jepun atau moss ross ini berbatang lembut dan tidak mampu bersaing dengan rumput rumpai yang lebih lasak sifatnya.

Cantasan juga perlu untuk mengekalkan keseragaman bentuk pokok dan bunga yang cantik dan menarik.

Re-potting atau pasu-kan semula pokok bunga ros jepun perlu dibuat jika pokok sudah terlalu tua, bentuk pokok kurang cantik, bunga sudah kurang dan sebagainya.

Selain dari pasu dan pasu gantung, pokok bunga ros jepun atau krokot ( Bahasa Indonesia ) juga boleh ditanam di tanah terutama sebagai lanskap hiasan.

Bunga ros jepun juga boleh didekorasikan dengan pelbagai bentuk.

Dan yang menariknya ialah jika banyak jenis bunga ros jepun di tanam berdekatan, akan terjadinya kacukan atau hibrid dimana bentuk, warna atau corak bunganya akan berlainan dari pokok asal.

Malahan ada juga yang berminat dengan corak daunnya seperti batik selain hijau.

Terdapat beberapa pengkelasan bunga ros jepun seperti :

1. Bentuk bunga : tiara, carnation, grandy dll.
2. Lapisan : selapis, dua lapis, berlapisan dll.
3. Warna : satu jenis, dua jenis, campuran warna dll.

Kuning berlapis

Pink + putih berlapis

Oren berlapis

Putih selapis

Merah berlapis

Ungu berlapis 

Campuran oren, merah & kuning

Kuning selapis

Oren + merah berlapis

Merah jambu berlapis

Pink + putih tajam berlapis 

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture
#RosJepun
#MossRoss

Tiada ulasan:

Catat Ulasan