Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 30 September 2021

Pokok Rerama / Rama2 Hijau ( Green Butterfly Wings Plant )

Pokok rerama atau rama-rama hijau atau Green Butterfly Wings ( Mariposa Christia Vespertillonis ) adalah pokok herba berbunga.

Selain dari pokok rerama daun hijau, ada juga jenis pokok rerama daun ungu, merah, belang2 serta pokok rerama hiasan.

Pokok rerama hijau adalah yang popular dan sesuai untuk perubatan dan harganya juga boleh tahan mahalnya.

Sudah ada dalam bentuk serbuk / daun kering untuk dijadikan teh.

Walaupun berbagai khasiat daun rerama / rama2 hijau di gembar-gemburkan, namun pengambilannya perlulah mendapat nasihat doktor.

Kajian lebih mendalam perlu dilakukan untuk memanfaatkan segala kelebihan yang ada pada pokok rerama / rama2 hijau ini.

Pokok rerama / rama2 hijau adalah pokok renek herba berbunga

Mudah hidup dan mudah penjagaannya

Sesuai dengan cuaca seperti Malaysia

Bentuknya seperti rama2 yang mungkin memberikan namanya

Lebih mudah ditanam dengan keratan batang yang matang

Boleh juga ditanam dari biji benih yang mengambil masa lebih lama

Kelopak bunga yang kecil

Kudup bunga

Bunganya kecil sahaja

Kudup bunga yang baru keluar

Video ringkas pokok herba rerama / rama2 hijau atau Green Butterfly Wings di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS )



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat InsyaAllah ...

Artikel berkaitan :





Tiada ulasan:

Catat Ulasan