Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 28 April 2022

Potongan Rumput Rumpai sebagai Sungkupan & Baja di Batas Timbun ( Raised Bed )

Potongan rumput rumpai, jerami & dedaun kering dan seumpamanya adalah antara kaedah paling tradisional petani zaman berzaman untuk digunakan sebagai sungkupan dan baja tanaman.

Rumput rumpai yang lebih halus, kecil &
nipis lebih cepat terurai dan mereput.

Cuaca tropika yang sentiasa panas dan hujan juga dapat membantu proses penguraian lebih pantas.

Manakala potongan rumput yang diletakkan di batas timbun ( raised bed ) pula dapat berfungsi lebih banyak, antaranya :

1. Sebagai sungkupan
2. Sebagai kompos
3. Sebagai baja

Potongan rumput menggunakan mesin

Disapu dan dikumpulkan

Batas timbun ( raised bed ) sebelum diletakkan potongan rumput

Batas timbun ( raised bed ) selepas diletakkan potongan rumput

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




Jumaat, 22 April 2022

Kacang Panjang dah Berbuah

Beberapa pokok kacang panjang menjalar sudah berbunga dan berbuah.

Sepokok kacang buncis juga telah berbunga.

Pokok kacang panjang yang di tanam dalam guni tanah sawit hitam.

Menggunakan buluh sebagai pancang dan jaring timun sebagai jaring kacang pancang memanjat.

Baja kopi dan tahi ayam hancur berselang seli untuk pertumbuhan pokok.

Disemai pada 1.2.22 bersama kacang buncis

5.2.22

Dialihkan keluar tempat panas

Penyediaan pancang

Menggunakan batang buluh

Dan jaring timun

Batang buluh perlu teguh

Jaring timun dilekatkan pada pancang buluh

Anak kacang panjang pada 15.3.22

Tanah hitam sawit

Dialihkan pada 15.3.22

18.3.22

Pokok kacang panjang terkini 22.4.22

Bunga dan putik buah

Lagi putik buah

22.4.22 buah sulung dah mulai membesar - alhamdulillah ...

Panduan Pertanian atau Tips Tanam Kacang Panjang Merah bersama UPM.

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat inshaAllah ...

Artikel berkaitan :




Khamis, 14 April 2022

Baja Tahi Ayam

Antara baja subur terbaik untuk sayuran berdaun terutamanya, ialah baja tahi ayam atau tinja ayam.

Ada yang diproses samada dicampur bahan² mineral lain atau tanpa proses yang dibiarkan matang terlebih dahulu.

Teksturnya juga berbagai, ada bentuk asli,  palet, serbuk dll.

Baja tahi ayam biasanya perlu digaul kedalam media tanam seperti tanah samada semasa penyediaan tanah atau sewaktu tanaman sedang membesar.

Penyiraman perlu dilakukan untuk mempercepatkan proses penguraian tahi ayam kepada mineral² yang dapat diambil oleh akar tanaman.

Baja tahi ayam hancur / serbuk

Dah nama pun taik, mesti ada bau ...

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat inshaAllah ...

Artikel berkaitan :