Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Baja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baja. Papar semua catatan

Khamis, 22 Mei 2025

Raised Bed Adalah Kebun Intensif

Raised bed yang berdinding dimana tanahnya tidak dipijak menjadikan tanahnya longgar.

Memudahkan penyerapan air, baja dan udara ke dalam tanahnya.

Menjadikan raised bed sebagai kebun intensif dimana penanaman boleh dibuat berulang kali tanpa masa rehat yang lama.

Oleh itu, pembajaan sokongan perlu dibuat sebagai penggantian kepada nutrien2 yang telah digunakan.

Jenis tanaman juga boleh bertukar ganti semahunya pekebun itu sendiri.
















Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah


Jumaat, 29 September 2023

Sisa Dapur, Raised Beds & Vermicompost

Walaupun sisa dapur yang di tanam nampak mcm biasa saja namun ada sains di belakangnya.

Apabila kita tanam sisa dapur dalam tanah, ianya akan menjadi sumber makanan kepada organisma tanah termasuk cacing tanah.

Cacing tanah akan makan sisa² makanan tersebut dan menukarkannya menjadi vermicompost atau kompos cacing atau tinja cacing.

Vermicompost atau baja cacing ini sangat bagus untuk tanah & tanaman dan harganya juga agak mahal.






Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Khamis, 14 April 2022

Baja Tahi Ayam

Antara baja subur terbaik untuk sayuran berdaun terutamanya, ialah baja tahi ayam atau tinja ayam.

Ada yang diproses samada dicampur bahan² mineral lain atau tanpa proses yang dibiarkan matang terlebih dahulu.

Teksturnya juga berbagai, ada bentuk asli,  palet, serbuk dll.

Baja tahi ayam biasanya perlu digaul kedalam media tanam seperti tanah samada semasa penyediaan tanah atau sewaktu tanaman sedang membesar.

Penyiraman perlu dilakukan untuk mempercepatkan proses penguraian tahi ayam kepada mineral² yang dapat diambil oleh akar tanaman.

Baja tahi ayam hancur / serbuk

Dah nama pun taik, mesti ada bau ...

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat inshaAllah ...

Artikel berkaitan :




Selasa, 3 Mac 2020

Baja Organik Cecair

Diperbuat dari hasil pemeraman potongan kangkung, pisang, nenas, ikan bersama gula merah. Pemeraman selama lebih kurang sebulan untuk menghasilkan baja organik cecair yang boleh digunakan untuk sayuran, pokok bunga, herba dan buah2an.

Hasilnya adalah lebih kurang 1 botol setengah botol 1.5 liter. Baja cecair ini boleh di cairkan dan disiram kepada tanaman.





Selasa, 19 November 2019

Baja Nutrien Air Tanah ?

Nutrien terdapat dalam tanah. Nutrien dalam tanah sedia atau separuh sedia atau belum sedia  untuk digunakan oleh tanaman. Cara paling cepat untuk bekalkan nutrien dalam tanah kepada tanaman ialah dengan mencairkan tanah tersebut dan disiram pada batas tanaman. Nutrien terlarut lebih mudah di hadam / diproses oleh organisma tanah.


Nutrien yang terlarut dalam air / air tanah yang sudah diproses oleh organisma tanah lebih mudah diserap oleh akar2 tanaman. Tetapi air berlebihan akan melarikan nutrien2 yang telah terlarut / diproses. Antara sebab kenapa kaedah pembajaan juga bergantung kepada musim hujan atau panas.

Sebab utama kenapa siraman dibuat ialah supaya tanah menjadi lembab dan nutrien2 dapat digunakan oleh tanaman. Batas timbun antara kaedah terbaik untuk mengekalkan kelembapan tanah untuk jangkamasa lebih lama.

Nutrien dalam tanah terhasil dari :
1. pereputan sisa tanaman
2. pereputan sisa haiwan
3. dari sumber dan aktiviti alam ( udara, air, cahaya, petir dll )
4. luluhawa batuan ( menjadi tanah liat, tanah kelodak, tanah pasir dll )
5. aktiviti organisma tanah
6. aktiviti manusia ( seperti membaja dll )
7. aktiviti tanaman itu sendiri

Baja nutrien air tanah tidak mempunyai nutrien2 lengkap sepertimana baja hidroponik / fertigasi yang boleh dicairkan dan digunakan terus oleh tanaman. Oleh itu baja nutrien air tanah setakat ini hanya  boleh disiram ke batas tanaman untuk mempercepatkan proses penukaran nutrien oleh organisma tanah kepada nutrien2 yang dapat diambil oleh akar tanaman / tanaman.

Jumaat, 15 November 2019

Baja Nutrien dari Rumput

Rumput yang dimaksudkan disini ialah sebarang jenis rumput rumpai ( rumput yang belum diketahui manfaat kesihatan kepada manusia ), rumput herba ( rumput yang mempunyai nilai kesihatan kepada manusia ) dan rumput hiasan ( laman rumah, padang awam, padang bola dll ).

Antara cara2 untuk kembalikan nutrien dalam rumput ke tanah dan kemudiannya di guna semula oleh tanaman ialah :

potongan rumput pada pokok pisang di batas timbun dengan dinding / penghadang

1. Sungkupan
1.1 Sungkupan ialah bahan2 yang diletakkan diatas permukaan tanah dengan tujuan utama untuk mengurangkan / menghalang pertumbuhan rumput2 yang tidak diperlukan dibatas tanaman.
1.2 Rumput2 yang dipotong / dimesin hanya perlu ditabur diatas batas atau disekitar kawasan tanaman tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
1.3 Hujan dan panas serta siraman yang dibuat akan mereputkan rumput2 tersebut dan akhirnya nutrien dalam rumput akan masuk / dikitar semula oleh organisma tanah ke dalam tanah.

2. Kompos 1
2.1 Menggunakan komposter dan di campur rumput bersama sisa kebun, sisa dapur, tanah dan sebagainya.
2.2 Perlu diaduk mungkin seminggu sekali untuk mempercepatkan proses pengomposan. Perlu di siram sekali sekala supaya lembab.

3. Kompos 2
3.1 Rumput ditanam terus dalam tanah dan dibiarkan mereput dan terurai. Struktur rumput yang halus, nipis, kecil, lembut memungkinkan penguraian berlaku lebih cepat.

4. Baja cecair 1
4.1 Rumput yang telah dipotong / mesin hanya perlu direndam dalam air sehingga hancur dan airnya disiram ke batas tanaman.

5. Baja cecair 2 ( Foliar )
5.1 Rumput, gula merah, ikan di potong kecil disusun berselangseli dalam bekas / tong. Cecair yang terhasil adalah pati baja yang boleh dicairkan dan disiram / sembur pada tanaman dan tanah.

6. Baja cecair 3 ( Rebusan )
6.1 Untuk mempercepatkan proses mengeluarkan nutrien2 dalam rumput, proses rebusan boleh dilakukan. Air rebusan disejukkan sebelum penyiraman dibuat.

7. Baja Butiran / Palet
7.1 Potong rumput -> keringkan -> hancurkan -> palletkan = baja tanaman

8.  Potong dan tinggal ( chop & drop )
8.1 Biasanya untuk ladang2, kebun2 dan kawasan yang luas dan tidak mementingkan kekemasan / keindahan dll.
8.2 Rumput2 akan dimesin dan dibiarkan mereput dan menjadi baja kepada kawasan tersebut.
8.3 Aktiviti memesin rumput perlu dibuat secara berkala dan penggunaan jentera automatik lebih berkesan.

9. Makanan ternakan
9.1 Ternakan yang makan rumput secara bebas atau rumput yang dipotong akan menghasilkan tinja yang boleh di proses / dibiarkan menjadi baja.
9.2 Baja ternakan ruminan antara baja organik terbaik untuk tanaman. Tinja lembu ( cow dung ) yang sudah cukup matang boleh dicairkan dan disiram pada tanaman.
9.3 Tinja lembu juga dapat menjadi media tanaman yang baik dan berkualiti.

10. Kombinasi cara2 diatas
10.1 Untuk rumput sawah padi yang lebih tebal, tinggi, lasak dan sebagainya, kombinasi cara2 diatas boleh dibuat.
10.2 Kaedah pengurusan sawah mungkin perlu diubah untuk menambah proses2 diatas.

Khamis, 29 Ogos 2019

Baja Bio Cecair Bacto-10

Keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 26.8.2019 dirujuk. Ianya berkaitan inovasi Baja Bio Cecair Bacto-10 hasil penyelidikan penyelidik Fakulti Pertanian UPM.


Antara kebaikan baja bio cecair Bacto-10 ialah :
1. Mengikat Nitrogen
2. Mengurai  Fosforus
3. Menggalak tumbesaran pelbagai jenis tanaman
4. Menggalakkan pertumbuhan akar
5. Meningkatkan kecekapan penyerapan air
6. Mengimbangi pengeluaran hormon
7. Meningkatkan daya penyerapan nutrien
8. Penjimatan penggunaan baja biasa sehingga 50-60%
9. Meningkatkan hasil tanaman sehingga 30%
10. Dan banyak lagi kebaikan yang berkaitan tanah, tanaman dan alam sekitar

Baja bio cecair Bacto-10 ini diekstrak dari akar tanaman dan herba untuk mendapatkan mikroorganisma bermanfaat.



Sabtu, 16 Mac 2019

Panduan Membuat Baja Organik Cecair

Membuat baja organik menggunakan bahan2 dari sekitaran rumah dan kebun lebih menjimatkan dan mesra alam.

Biasa dibuat ialah baja hijau cecair tanpa melibatkan penggunaan gula merah.

Di bawah ini adalah Panduan membuat baja organik dari Jabatan Pertanian di kongsi dari blog salwatinisa.blogspot.com


Bahan2 input yg digunakan terdiri dari produk fermentasi dan ekstrak dari tumbuhan dan haiwan. Tidak menggunakan input kimia sintetik seperti baja, racun perosak, hormon dan lain2. Teknologi ini mesra alam, menjimatkan kos, meningkatkan kualiti serta produktiviti tanaman.







#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BajaOrganik

Khamis, 10 Januari 2019

Keburukan Dan Kebaikan Penggunaan Baja Kimia

Penggunaan baja kimia yang mengikut spesifikasi / aturan / prosedur yang telah ditetapkan akan mendatangkan hasil yang setimpal.

Tetapi penggunaan baja kimia yang sembarangan hanya memburukkan keadaan alam sekitar dan ekonomi pekebun.

Isnin, 7 Januari 2019

18 Unsur Pemakanan Tanaman

Secara asasnya terdapat 18 unsur2 pemakanan yang diperlukan oleh tanaman atau tumbuhan untuk hidup dan membesar dengan sihat iaitu unsur utama, unsur sekunder, unsur surih dan unsur alami.


Unsur Utama ( Makro ) :

Baja kimia NPK adalah sumber paling cepat untuk membekalkan unsur2 Nitrogen, Fosforus dan Kalium kepada tanaman.

Sabtu, 5 Januari 2019

Baja Dan Pengkelasan Baja

Baja adalah bahan2 yang mengandungi unsur pemakanan kepada tanaman. Penggunaan baja yang tepat mengurangkan kos pengeluaran, mengelakkan pembaziran dan menyihatkan tanaman. Kandungan nutrien dan cara pelepasan nutrien berbeza antara jenama baja.


Manakala Bahan Pembetulan Tanah ( soil amendment ), Pelembap Tanah ( soil conditioner ) dan Bahan Tambahan Tanah ( soil additives ) adalah bahan2 yang menyuburkan tanah dengan cara :
- memperbaiki struktur tanah
- memperbaiki tekstur tanah
- melembapkan tanah
- meneutralkan tanah berasid / beralkali
- menambahkan mikroorganisma dalam tanah
- meningkatkan daya pegangan air tanah
- sesetengahnya sebagai sumber pemakanan tanaman jangka panjang

Khamis, 16 November 2017

Baja Kazz Hidroponik

Lagi 2 set baja hidroponik dari Kazz Hidroponik yang dipesan pada 7.11.17 telah selamat diterima


Selasa, 13 Jun 2017

Bancuhan Baja Hidroponik

Bancuhan baja hidroponik dari Kazz Hidroponik - 5 liter ( cawan sukatan 0.5 liter x 10 ).

Baja butir + baja cecair


Bancuhan baja butir


Bancuhan baja butir + baja cecair