Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 13 Mei 2022

Batas Timbun Tropika ( Tropical Raised Bed ) - Konsep & Idea

Idea untuk membuat teknik penanaman berasaskan batas timbun tropika ( tropical raised bed ) ini didapati dari media sosial seperti youtube, pinterest dan sebagainya.

Segalanya bermula bila kaedah tradisional iaitu dengan membuat batas di halaman rumah berhadapan dengan pelbagai masalah.

Memandangkan cuaca Malaysia yang sentiasa panas dan hujan sepanjang tahun, maka batas timbun tropika ( tropical raised bed ) ini juga perlu disesuaikan kaedah pembinaannya.

Antara kaedah ( methode ) yang digunakan dalam pembinaan batas timbun tropika ( tropical raised bed ) ini adalah :

1. Berdinding ( wall )
Samada dipanggil dinding, penghadang, tembok atau apa saja, dinding akan mengelakkan larian tanah, baja, sungkupan, air siraman dan sebagainya.

Dinding yang baik akan dapat mengekalkan kelembapan tanah untuk jangkamasa lebih lama dan mampu mengalirkan lebihan air keluar dari kawasan batas timbun.

Dinding akan menjadikan batas timbun kita lebih kemas, cantik dan memudahkan pengurusannya.

2. Tanpa Gali ( no dig )
Dinding akan di buat diatas tanah asal. Tanah asal yang rata lebih baik. Tanah dan sisa organik kebun akan diletakkan di dalam batas timbun berdinding tersebut.

Tanah dibatas timbun akan menjadi media tanam utama, manakala tanah asal sebagai sokongan jika perlu.

3. Bahan² Organik ( organic matters )
Penambahan bahan² organik secara berkala amat perlu untuk kesuburan dan kegemburan tanah di batas timbun tropika.

Bahan² organik termasuk sisa kebun, sisa kandang, sisa dapur, sisa pasar, kompos dan sebagainya.

4. Sungkupan ( mulch )
Tujuan utama sungkupan untuk mengawal atau mengurangkan pertumbuhan rumput rumpai di batas tumbun.

Namun begitu sungkupan yang baik juga dapat bertindak mengurangkan kehilangan air tanah, melindungi dari hujan lebat, sebagai kompos dan baja bila mereput dan lain² lagi.

Tanah yang subur perlu untuk tanaman tumbuh dengan baik

Dinding menjadikan tataletak kebun lebih menarik

Batas timbun pertama sudah hampiri 4 tahun usianya

Video ringkas kaedah pembinaan batas timbun tropika ( tropical raised bed ) di bawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah 

Artikel berkaitan :




Tiada ulasan:

Catat Ulasan