Raised bed pokok kantan sebelum ini telah dibuat baru.
Setelah dinding dipasang semula dan disokong dengan batang besi supaya lebih tahan tekanan tanah yang banyak di dalamnya.
Lapisan 1 : adalah daun² kering mangga dan buluh sebagai penarik / makanan kepada organisma tanah.
Lapisan 2 : racikan ranting mangga kering sebagai penyerap dan penyimpan kelembapan.
Lapisan 3 : kompos sisa kebun berusia 5-6 bulan sebagai starter organisma pengurai.
Lapisan 4 : tanah hitam sawit sebàgai media utama penanaman, sisa sawit juga adalah sisa organik yg bagus untuk tanaman.
Lapisan 5 : daun2 kering sebagai sungkupan dan dapat sejukkan tanah lapisan atas.
Tanah asal adalah keras, padat & dipenuhi oleh sisa² projek perumahan.
Kayu pallet yang disambung² mengikut bentuk yang dikehendaki.
Untuk bahagian yang tidak bersudut tepat, penggunaan besi cerucuk diperlukan.
Papan pallet ini tidak bertahan lama bila kena panas & lembab terutama yang bersentuhan dengan tanah.
Pembinaan raised bed atau batas timbun yang teratur dapat mencantikkan lagi lanskap kebun.
Jarak 2 kaki antara raised cuba dikekalkan untuk kemudahan aktiviti² berkebun.
Ketinggian 12 inci paling cantik jika dapat dibuat untuk penanaman pelbagai jenis tanaman.
Sisa² kebun seperti daun mangga yang dibiarkan kering.
Bila diperlukan, daun² sisa kebun ini akan digunakan.
Dah siap pasang nampak lebih kemas dan bersemangat untuk menanam.
Lapisan 1 : daun² kering sebagai sumber makanan organisma pengurai.
Lapisan 2 : racikan ranting² sisa kebun seperti ranting mangga untuk kekalkan kelembapan tanah dan ronggakan tanah.
Selepas racikan ranting² dimasukkan kedalam raised bed.
Siram bagi basah untuk menyejukkan bahagian bawah raised bed.
Lapisan 3 : kompos sisa kebun & sisa dapur berusia 5-6 bulan.
Tong kompos berkapasiti lebih kurang 1m³
Isinya adalah kompos siap + kompos separuh siap + kompos awal
Selepas kompos diletakkan di raised bed
Lapisan 4 : tanah hitam sawit sebagai media utama penanaman.
Penambahan tanah hitam sawit
Tambah lagi sehingga tinggal 2-3 inci ruang bahagian atas.
Lapisan 5 : daun² kering sebagai sungkupan untuk elakkan rumput rumpai tumbuh.
Sungkupan juga dapat menyejukkan tanah raised bed dan memperlahankan kekeringan tanah.
Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah
Link video :
Artikel berkaitan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan