Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 12 Mei 2023

Tebang Pisang Cavendish atau ...

Setelah 15 bulan ditanam di raised bed, pisang cavendish tisu kultur sudah masak dipokok. 

Untuk kurangkan masa peraman dan supaya betul² bersedia untuk di tebang / tuai.

Teknik raised bed membolehkan penanaman pokok pisang yang dapat tumbuh, membesar dan berbuah seperti biasa walaupun tanah asal adalah tanah liat keras & padat.

Buahnya juga membesar dengan baik dan mempunyai bentuk seperti pisang cavendish yang biasa dijual di pasaraya.

Walau bagaimanapun setelah di tebang dan dibiarkan buah pisang masak menguning ternyata ianya bukanlah pisang cavendish yg biasa di beli di pasaraya tetapi adalah pisang berangan.

Samada seller sengaja atau tidak tahu jenis pisang yang di jual ( beli online dgn harga rm25.00 satu anak pokok tisu kultur pisang cavendish ) ... hanya الله lebih mengetahui.


Tanam pada hujung Januari 2022

Tiada ulasan:

Catat Ulasan