Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 13 Julai 2023

Testing Media Bioflok

Sistem atau Teknik Bioflok dipilih kerana sebab utama iaitu penjimatan kos air dan kos elektrik untuk filter air kolam jika menggunakan sistem RAS.

Dalam teknik bioflok, bakteria² baik yang dibiakkan dalam tangki ternakan akan mengurai sisa² makanan & najis haiwan membentuk flok² atau gumpalan² yang dapat di guna kembali oleh ternakan sebagai makanan sampingan / tambahan.

Namun begitu tetap ada beberapa indikator yang perlu sentiasa di periksa untuk pastikan media bioflok berada dalam keadaan terkawal.

Seperti kandungan oksigen terlarut, kandungan ammonia, kandungan flok, kandungan co² dan sebagainya.

Bekalan oksigen adalah komponen penting untuk sistem bioflok ini. Oksigen perlu untuk ikan dan bakteria hidup dengan baik.

Oleh itu bekalan oksigen perlu berterusan sepanjang proses penternakan berlaku.



Hos oksigen 4mm



Pallet ikan saiz kecil, sedang & kasar


Garam biru akuarium


Bioflok booster


Dolomite pdi




Molasses

Penyukat cecair




Penimbang digital






Selepas 2 minggu media bioflok diaktifkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan