Video Terbaru @JomTanamSayur

Ahad, 4 Februari 2024

Tanam Tebu Lagi - Part 2

Dengan adanya mesin perah tebu manual lebih memberi semangat untuk menambah jumlah pokok tebu.

Dalam Part 2 ini kita tengok proses² yang akan berlaku seterusnya setelah Part 1 tamat dengan pembuatan bongkah simen untuk dinding raised beds tebu.

1. Dinding raised beds tebu :

1.1 Yang ini dibuat nenggunakan campuran pasir, simen dan air. Campuran adalah simen 1 : pasir 5 / 6, air secukup rasa.

1.2 Keratan papan pallet bersaiz 12" x 6" x 3" digunakan sebagai acuan. Saiz ini disesuaikan supaya senang untuk di tambah dan dikurangkan saiz ketinggian raised beds bila perlu.

1.3 Ianya juga lebih berat, jadi tiada penahan diperlukan untuk menahan dinding raised beds dari terbabas dari tempat asalnya.

2. Tiang raised beds tebu :

2.1 Tiang sokongan penting supaya tebu tumbuh tegak. Tebu yang tumbuh tegak dapat ;

2.1.1 Tumbuh lebih cepat dengan ruas² yg lebih panjang. Kita akan dapat lebih banyak air tebu berbanding hampasnya.

2.1.2 Daun² tebu tua dapat gugur dengan sendiri.

2.1.3 Kurangkan kemungkinan jadi sarang semut dan perosak² lain di celah2 daun tebu.

2.1.4 Tiada racun diperlukan menjadikan tebu lebih organik dan mesra alam.

2.1.5 Tebu yang tegak / lurus lebih mudah di urus ( di simpan, di alihkan, di ikat, di angkut ),di tebang, di basuh jika perlu, di potong, di kikis kulitnya, di belah jika perlu dan di mesin.

2.2 Kabel tie digunakan sebagai alat untuk ikatan tebu ke tiang sokongan.

2.2.1 Ianya di jarakkan setinggi tiap 2 kaki dari aras tanah raised beds.

2.2.2 Tiang sokongan dari buluh ini berukuran 7.5 kaki dan di tanam / disimen sedalam 1 kaki.

2.2.3 Tiang sokongan dari besi re-bar atau seumpamanya mungkin diperlukan di kemudian hari.

3. Raised Beds :

3.1 Ukuran raised beds yang dibuat ini adalah lebar 3 kaki x panjang ikut keluasan tanah x tinggi 1 kaki ( 6 inci x 2 )

3.2 Rumput² perlu di buang lapisan atasnya menampakkan tanah asal.

3.3 Tanah lain akan di tambah ke raised beds sebagai tanah pemula ( starter ) untuk benih tebu.

3.4 Sisa² organik kebun yang di racik secara manual atau di mesin akan diletakkan ke dalam raised beds sebagai bahan campuran tanah.

3.5 Sungkupan akan diletakkan kemudian sebagai pengawal rumput rumpai.

3.6 Siraman lebih kerap diperlukan terutama musim panas.























Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Link video :



Artikel berkaitan :




Tiada ulasan:

Catat Ulasan