Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 25 Jun 2024

Sambung Baiki Dinding Raised Beds Lagi

Mana² dinding yang agak teruk keadaannya akan dibaiki semula.

Mana² dinding yang masih elok akan dikekalkan.

Dinding yang lurus memudahkan kerja² mengurus raised beds dan kebun bandar.

Kerja² memotong rumput juga lebih mudah dibuat.







Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah


Link video :



Artikel berkaitan :




Ahad, 23 Jun 2024

Anak Pokok Moringa / Kelor

Di semai pada 8 jun 2024 dan setelah 14 hari, hampir kesemuanya tumbuh dengan baik.

Ada lebih kurang 17 anak pokok moringa dan bukan semuanya akan ditanam sebagai pokok dewasa.

Moringa terkenal sebagai antara super food yang terbaik setakat ini.

Semaian dari biji benih ini dibuat setelah semaian 3 keratan batang sebelum ini gagal tumbuh.





8 jun 2024



13 jun 2024

15 jun 2024

17 jun 2024



22 jun 2024

Rabu, 19 Jun 2024

Padi Sawah Dah 2 Bulan Usianya

Agak menarik melihat perkembangan pokok² padi sawah ini membesar.

Setelah 2 bulan ditanam secara terus 3-4 biji benih padi yang baru di tuai ke dalam bekas botol minyak masak.

Ada yang tumbuh lebih dari 1 pokok tetapi sekurang²nya ada satu pokok tumbuh didalam setiap botol ini.

Menunggu padi untuk bunting pula, agak menarik untuk diperhatikan yang kaedah penanaman padi samada tabur terus, mengubah secara manual atau mengubah menggunakan mesin akan memberikan jangkamasa yang berbeza untuk tiap² fasa.

Oleh itu kefahaman yang menyeluruh tentang sistem penanaman padi perlu di hadamkan betul².









Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Isnin, 17 Jun 2024

Baiki Dinding Raised Bed Kebun Bandar

Dinding raised bed yang diperbuat daripada sambungan papan pallet terpakai sudah lebih 3 tahun usianya.

Kebanyakannya terutama yang di bahagian bawah atau yang terdedah terus kepada kelembapan berterusan akan lebih cepat mereput.

Manakala bahagian² yang lebih atas ada yang masih elok dan boleh digunakan kembali.

Tekanan tanah dari dalam raised beds dan juga akar² tanaman yang membesar menyebabkan dinding raised beds menjadi bengkang bengkok.

Jarak 2 kaki di antara raised beds dijadikan panduan untuk memastikan raised beds auto cantik bila di baiki.

Dinding sudah nampàk kurang cantik

Proses baiki perlukan kesabaran

Tanah boleh di gunakan kembali di raised bed bersebelahan

Jangan sayang tanaman asalkan raised bed kemas

Ratakan tanah yang tidak rata

Blok simen akan mengganti papan pallet nanti

Sapu apa yang patut

Auto cantik dah

Lebih semangat nak berkebun

Agak terlindung bahagian hujung sana

Sabtu, 15 Jun 2024

Raised Bed Tropika - Jimat Tanah & Baja

Bagaimanakah boleh dikatakan yang raised bed tropika dapat menjimatkan penggunaan tanah dan baja?

Tanah dijimatkan dengan menjadikan sisa² organik kebun sebagai kompos yang mampu menambah jumlah tanah cumanya kompos bukanlah tanah sebenar dan perlu di tambah secara berterusan.

Dengan adanya raised beds, tong kompos boleh diabaikan penggunaannya.

Baja dijimatkan dengan menjadikan sisa² organik kebun menjadi kompos -> humus -> baja kepada tanah / tanaman. Cumanya baja kompos ini mengandungi lebih unsur N, jadinya untuk tanaman selain tanaman berdaun tetap perlu kepada baja organik / sintetik yang mengandungi unsur2 P,K dan unsur teras / trace elements juga.

Penanaman sisa² dapur dapat menarik organisma tanah seperti cacing untuk menukarnya kepada tinja cacing / vermikompos yang juga sangat baik untuk tanah / tanaman.

Buat lubang diantara rumpun pokok tebu

Setelah 4 bulan, sisa² organik lama mulai reput

Sisa dapur yang diperam / disimpan

Daun2 kering sebagai sungkupan

Masih belum diberi baja sintetik tambahan

Pertumbuhan yang agak baik selepas 4 bulan ditanam

Pokok tebu yang diikat lurus nampak lebih kemas

Selasa, 11 Jun 2024

Kebun Bandar Perlu Nampak Kemas

Kebun bandar di tepi rumah dengan konsep raised bed di kawasan tropika ( raised bed tropika ) pada saya lebih senang di jaga supaya nampak kemas.

Penggunaan dinding raised beds samada dari papan, kayu atau batu bata dapat memberikan bentuk raised bed yang cantik dan stabil.

Kawasan berumput di antara raised beds hanya perlu dipotong sebulan sekali untuk mendapatkan pandangan terbaik manakala potongan rumput boleh diletakkan didalam raised beds tanpa perlu risau ianya akan berselerak.

Manakala pokok² yang membiak dan membesar dengan sangat baik kerana kesuburan tanah raised beds pula perlu di pangkas / di potong mengikut kesesuaian.

Sisa²nya pula dapat diracik dan dijadikan sungkupan kepada raised beds yang ada.

Penggunaan mini chopper dapat menghalang sisa2 organik dari menjadi timbunan sampah dan mengurangkan kes2 pembakaran terbuka.
















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :