Video Terbaru @JomTanamSayur

Ahad, 2 Jun 2024

Raised Beds Tropika - Makin Lama Makin Subur

Raised beds bagi saya adalah satu teknik berkebun terbaik setakat ini, cuma ianya memerlukan kawasan bertanah untuk lebih berkesan / effektif.

Tanah asal raised beds dibiarkan bersentuhan dengan tanah tambahan tanpa perlu tanah asal ditutup samada dengan tikar rumput / weedmat dan sebagainya.

Tanah asal akan bertindak sebagai :

1. Tanah sokongan jika perlu
2. Tempat ditanam tiang sokongan jika perlu
3. Tempat simpan air / lembapan
4. Tempat simpan baja 
5. Tempat organisma tanah bekerja
6. Pembekal organisma kepada tanah raised beds
7. Tanpa gangguan tanah asal berlebihan

Penambahan sungkupan, penanaman sisa dapur dan siraman air sisa dapur dan air ikan akan menjadikan tanah raised beds sentiasa mempunyai nutrien² untuk tanaman.

Hujan dan panas berterusan akan mempercepatkan pereputan sisa² organik kebun yang dijadikan sungkupan atau bahan tambahan tanah.

Kesemua aktiviti² tambahan di raised beds ini akan menjadikan tanah raised beds sentiasa subur dan bersedia untuk tanaman.

Tanah asal dibawahnya juga lama kelamaan akan turut menjadi lebih baik kalaupun tidak subur sepenuhnya.

Tanah raised beds atau batas timbun yang subur juga dapat menjimatkan penggunaan baja tambahan atau mungkin tidak memerlukan baja langsung bergantung jenis tanaman yang ditanam.

Apatah lagi jika digunakan juga baja organik dari ikan dan sebagainya untuk tanaman sayuran & buah²an.

Raised bed atau "batas timbun" yang berdinding akan dapat mengawal tanah & sungkupan di dalamnya daripada berselerak.

Ini menjadikan sungkupan² di raised bed tetap berada pada tempatnya di dalam raised bed tersebut ketika hujan lebat atau angin kuat.

Sungkupan terdiri dari sisa² organik kebun seperti potongan rumput, daun² kering, sisa² tanaman selepas tuaian serta tanaman yang sudah mati.

Sungkupan juga boleh dibeli seperti kokopeat, jerami, sekam mentah atau sekam bakar dan sebagainya.

Sungkupan di raised bed lama kelamaan akan mereput dan bercampur dengan tanah.

Penambahan sungkupan secara berkala akan dapat membekalkan kompos -> humus -> baja kepada tanaman secara berterusan.

Aktiviti organisma² dalam tanah yang berpunca dari adanya sumber makanan dari sisa² organik juga meronggakan tanah yang secara tidak langsung membolehkan pengaliran air, udara serta mineral² baja dengan lancar.

Tanah yang longgar juga dapat menyerap air siraman dan air hujan dengan baik.



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :




Tiada ulasan:

Catat Ulasan