Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 6 Julai 2024

Buat Pancang / Para / Junjung / Trellis Di Raised Bed

Raised bed pokok ubi kayu yang telah dibongkar minggu lepas akan ditukar kepada raised bed pokok kekacang.

Oleh itu pancang yang kukuh telah dibuat untuk menampung beberapa pokok kekacang seperti kacang panjang, kacang buncis & kacang kelisa.

Menggunakan buluh dan belahan buluh untuk dijadikan pancang atau junjung pokok kekacang.

Setelah tanah digembur semula, dicampur dengan dolomit dan diratakan, tiang buluh ditanam dan disimen supaya lebih kukuh.

Potongan rumput diletakkan sebagai sungkupan untuk :

1. Elakkan rumput tumbuh 
2. Elakkan kekeringan tanah
3. Elakkan kepadatan tanah
4. Sumber baja kepada tanaman
5. Sumber makanan organisma tanah























Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Tiada ulasan:

Catat Ulasan