Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 14 Ogos 2024

Setelah Sebulan Pokok Kacang Panjang, Buncis & Kelisa

Baru sekejap rasanya anak² pokok kacang panjang, buncis & kelisa ini dipindahkan.

Raised bed ini adalah raised bed pertama yang telah dibuat dengan lebih baik menggunakan papan² katil.

Setelah 6 tahun, raised bed ini telah pun  ditanam dengan berbagai jenis tanaman.

Begitu juga dengan media tanamnya / tanahnya yang telah bercampur dengan pelbagai bahan² sisa organik.

Manakala dindingnya pula telah ditukar kepada papan pallet pada tahun 2020 / 2021.

Kesuburan tanahnya mungkin telah merosot dan perlukan penambahan baja² sokongan ( organik & sintetik ).













Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





2 ulasan: