Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 12 September 2024

Raised Beds Dan Potensinya ( 1 ) - Tahan Lama

Potensi raised beds yang pertama adalah ketahanannya. Raised beds boleh bertahan lama andai beberapa perkara di buat.

1. Menggunakan dinding raised beds dari bahan² yang tahan lama, contohnya batu bata.

2. Sentiasa menambah tanah, kompos, sungkupan & baja organik.

3. Menanam sisa dapur dan menyiram raised beds menggunakan air sisa dapur dan air sisa kebun, contohnya air basuhan beras / teh kompos.

Aktiviti² diatas akan menarik organisma² tanah yang akan menjadikan tanah raised beds lebih gembur dan subur.

Sept. 2024 genap 6 tahun raised beds pertama secara rasminya dibuat. Walaupun idea tentang raised beds dan cubaan² menggunakan apa² saja bahan sebagai dindingnya telah lama dibuat.

Batas asal tanpa dinding, batas tradisi.


Setelah dibuat dinding, jadilah raised bed dan kangkung adalah tanaman pertama

Tanaman kedua, pisang rendah & pisang tanduk.

Tanaman ketiga, betik dan pisang tanduk.

Tanaman keempat adalah kangkung dan jagung manis.

Tanaman ke 5 adalah pisang emas.

Tanaman ke 6 pula ubi kayu isi putih.

Isnin, 2 September 2024

Tebu Kuning Sudah 7 Bulan Di Raised Bed

Raised beds adalah penemuan teknik berkebun yang rasanya sudah lama di tinggalkan.

Walaupun terdapat banyak kelebihan dan kebaikan berkebun teknik raised beds namun ianya masih belum diamalkan secara meluas dan merata.

Tebu kuning dan raised bed ini sudah berusia 7 bulan.

Setakat ini masih belum menggunakan sebarang baja kimia atau baja sintetik.

Hanya sisa² organik kebun dan sisa² cecair dan fizikal dapur digunakan.

Salah satu kebaikan raised beds yang saya suka adalah "semakin lama semakin subur" andai beberapa perkara asas diamalkan.

Rumpun yang terdedah / terbuka kepada cahaya lebih tinggi dari rumpun yang terlindung / redup.

Tebu² diikat supaya terus tumbuh tegak kerana banyak kebaikannya.











Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :