Kebaikan dan Keburukan Teknik Raised Bed di Kawasan Tropika
Kebaikan Teknik Raised Bed
1. Saliran Air yang Baik
- Mengelakkan air bertakung dan akar tanaman daripada reput, terutamanya semasa musim hujan.
2. Pengurusan Tanah yang Lebih Baik
- Tanah dalam raised bed boleh diubah suai dengan bahan organik untuk meningkatkan kesuburan.
- Sesuai untuk tanah asal yang keras atau kurang subur.
3. Kawalan Rumpai dan Perosak
- Kurang rumpai kerana struktur yang terasing.
- Penggunaan sungkupan membantu kawalan rumpai.
- Lebih mudah mengawal serangan siput atau serangga perosak.
4. Peningkatan Suhu Tanah
- Tanah dalam raised bed lebih cepat panas, membantu pertumbuhan akar dengan lebih baik.
5. Mengurangkan Hakisan Tanah
- Struktur yang tinggi dan berdinding membantu mengurangkan kesan hakisan akibat hujan lebat.
6. Sesuai untuk Pelbagai Tanaman
- Boleh digunakan untuk sayur-sayuran, herba, buah-buahan tut / renek atau tanaman hiasan.
7. Senang diautomasikan
- Lebih mudah untuk sistem iot dan smart farming diintegrasikan.
8. Boleh diubahsuai
- Saiz dan bentuk raised bed boleh diubah / ditukar bergantung kemahuan pekebun.
Keburukan Teknik Raised Bed
1. Kos Awal yang Tinggi
- Memerlukan bahan seperti kayu, bata atau logam untuk membina struktur.
- Bermula secara kecil-kecilan lebih bermakna untuk memahami prosesnya.
2. Penyelenggaraan Berkala
- Tanah boleh menurun dari masa ke masa, perlu ditambah secara berkala.
- Begitu juga sungkupan, perlu ditambah bila sudah mulai mereput.
3. Pengeringan Cepat
- Tanah dalam raised bed lebih cepat kering, memerlukan penyiraman lebih kerap terutamanya dalam cuaca panas.
- Dinding dan sungkupan dapat melambatkan pengeringan tanah di raised bed.
4. Tidak Sesuai untuk Tanaman Akar Dalam
- Beberapa tanaman seperti ubi kayu atau keledek mungkin memerlukan ruang lebih dalam.
- Experimen boleh dibuat untuk menentukan jenis-jenis tanaman yang sesuai dengan raised bed tertentu.
5. Risiko Pengumpulan Garam
- Dalam jangka panjang, garam dari baja boleh berkumpul dan merosakkan tanaman jika tidak dikawal.
- Setiap lepas musim tanaman, tanah di raised bed perlu di gemburkan kembali.
6. Pemasangan di Kawasan Berangin
- Jika terlalu tinggi, struktur boleh rosak akibat angin kencang.
- Penggunaan pancang, tongkat tanaman dapat menyokong tanaman dari rebah.
Kesimpulan :
Teknik raised bed sangat berguna di kawasan tropika kerana ia membantu mengatasi masalah saliran dan kesuburan tanah.
Namun, ia memerlukan penjagaan dan kos tambahan untuk memastikan keberkesanannya.
Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan