Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 13 Disember 2025

Tebu Selepas Sebulan Di Raised Bed

Sekejap saja masa berlalu. Dah sebulan semaian tebu di raised bed dibuat. Alhamdulillah, perkembangannya sangat baik. Banyak anak² tebu yang sudah naik.

Kena pula dengan musim hujan akhir² ini, lebih mudah tebu² bertunas. Keratan tebu bahagian pucuk lebih mudah bertunas berbanding keratan batang yang lain.

Untuk kali ini, rumput rumpai yang tumbuh diraised bed dibuang. Sungkupan tambahan diletakkan dan siraman dibuat.

InshaAllah, bulan depan tanah akan ditambah ke raised bed ini. Untuk kukuhkan anak² tebu dan cepatkan lagi pertumbuhannya.

Keadaan raised bed tebu selepas sebulan

Sungkupan mulai reput dan rumput rumpai mulai naik

Tunas² tebu lebih mudah naik dari bahagian keratan pucuk

Ada sulaman dibuat untuk seimbangkan pertumbuhan tunas tebu

Selepas rumput rumpai dibuang

Selepas sungkupan ditambah dan siraman dibuat

Semoga tiang dapat bertahan dengan elok dan lama ... inshaAllah


Link video :



Selamat berkebun ...

Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah


2 ulasan: