Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Planterbag. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Planterbag. Papar semua catatan

Isnin, 21 September 2026

Sisa Dapur & Planter Bag

Sebelum² ini sisa dapur dikumpul selama seminggu atau sehingga tong / bekas  kompos penuh baru di tanam dalam lubang atau raised bed. 

Masalah utama ialah bau yang terhasil sangat tidak menyenangkan, yang kedua ialah sisa dapur sangat lambat mereput / terurai terutama kulit telur.

Oleh itu mulai sekarang, sisa dapur akan di kisar atau di blend secara harian untuk mengatasi masalah² diatas.

Menggunakan pengisar dapur yang biasa, sisa² dapur perlu dipotong kecil atau di ramas ( kulit telur ) untuk cepatkan proses kisaran berlaku.

Sisa air basuhan beras, ikan atau air rebusan telur dan ulam juga bolah digunakan semula.

Jika tidak, boleh gunakan air paip sahaja untuk membantu proses mengisar sisa² dapur ini.

Hasilnya adalah sisa dapur yang lebih halus dan berbentuk seperti bubur. Sisa dapur ini kemudiannya boleh di tanam ke dalam raised bed atau planter bag. Ia juga boleh di tapis menjadi 2 bahagian,  cecair dan bentuk fizikal / pepejal.

Cecair boleh di peram dengan molases untuk dibuat baja manakala pepejal pula boleh dikeringkan dan di tabur sebagai baja juga.








Link video :



3. Shopee :

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah 

Rabu, 9 September 2026

Semaian Tebu Dalam Planter Bag 75 Liter

Setelah 2 minggu tebu² disemai dalam beberapa planter bag 75 liter, kini banyak yang sudah tumbuh.

Keratan batang bahagian.pucuk lebih cepat tumbuh dan berkualiti anaknya. Manakala keratan bahagian batang matang payah tumbuh, kadang² sahaja.

Anak semaian ini akan digunakan untuk sulaman dan juga tanaman tempat baru di raised bed ini juga.






Link video :



3. Shopee :

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Isnin, 17 Ogos 2026

Alihkan Tanah Raised Bed Ke Dalam Planter Bag

Ada rancangan untuk meluaskan tanaman tebu secara raised bed di kebun tepi rumah ini, setelah percubaan dengan satu raised bed dan 6 rumpun tebu menunjukkan hasil yang menjanjikan kejayaan. Jadi beberapa raised bed yang ada perlu dibuat semula.

Salah satu cara tanah raised bed boleh dialihkan ialah dengan menggunakan planter bag boleh alih berkapasiti 75 liter atau lebih kurang 50-70kg bergantung media tanam.

Setelah beberapa jenama dan tanpa jenama planter bag 75 liter di cuba, akhirnya jenama Easy Grow yang dipilih kerana beberapa sebab.

Planter bag 75 liter jenama Easy Grow ini di import terus dari pengilang di Indonesia kerana setakat ini tiada agen di Malaysia.

Oleh kerana itu, harganya agak lebih sedikit kerana kuantiti masuk yang sedikit. Jika kuantiti pesanan lebih besar harapnya harganya boleh diturunkan lagi.

Bentuknya bulat dengan diameter 46cm dan tinggi lebih kurang 48cm. Dapat menampung sehingga 50-70kg berat tanah / media tanam.

Ada 2 pemegang tahan lasak yang membolehkan planter bag easy grow 75 liter ini masih boleh dialihkan oleh tenaga seorang atau 2 orang.







Ada juga lubang saliran air / udara ditepi dan bawah planter bag ini untuk elakkan air bertakung.

Planter bag Easy Grow ini diperbuat dari bahan High Density Poly Ethylene ( HDPE ) dengan pelindung UV untuk tahan lebih lama.

Sesuai untuk tanaman renek atau pokok tut serta bermacam sayuran, bunga dan herba tergantung kreativiti.



















Link video :




Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah ...

Isnin, 3 Ogos 2026

Cara Tanam Buah Naga Dengan Keratan Batang Di Dalam Planter Bag

Cara paling cepat dan mudah untuk menanam buah naga adalah dengan menggunakan keratan batang. 

Menggunakan biji benih mengambil masa yang terlalu lama untuk berbuah. Pokok buah naga ialah sejenis kaktus memanjat yang memerlukan cahaya matahari penuh dan tiang sokongan untuk membesar dengan baik.

Berikut ialah panduan lengkap langkah demi langkah untuk menanam buah naga:

Penyediaan Keratan Batang

Ambil keratan batang yang matang sepanjang 30 cm hingga 60 cm daripada pokok yang pernah berbuah.Biarkan keratan di tempat teduh selama kira-kira seminggu sehingga bahagian potongannya kering (sembuh) bagi mengelakkan jangkitan kulat atau busuk akar.

Anda boleh menyapu serbuk penggalak akar pada bahagian potongan untuk mempercepatkan pertumbuhan akar. 

Penyediaan Tanah dan Tiang Sokongan

Tiang Sokongan: Sediakan tiang konkrit, kayu kukuh atau paip PVC setinggi 1.5 hingga 2 meter (sekitar 5-6 kaki). Pasangkan rangka berbentuk pangkah, roda basikal lama atau palang besi di bahagian atas tiang untuk menyokong dahan menjuntai.

Tanah: Gunakan campuran tanah yang mempunyai saliran yang sangat baik. Campurkan tanah pasu, pasir kasar dan kompos dengan nisbah seimbang. Planter bag atau kawasan penanaman mestilah tidak menakung air.

Proses Menanam :

Tanam 4 keratan batang di sekeliling satu tiang sokongan.Benamkan keratan secara menegak ke dalam tanah sedalam kira-kira 3 cm. Jangan tanam terlalu dalam kerana batang boleh reput.

Ikat batang tersebut rapat pada tiang menggunakan tali plastik atau kain secara longgar. Langkah ini membantu akar udara melekat pada tiang.

Penjagaan dan PembajaanPenyiraman: Siram sekadarnya sahaja apabila tanah kelihatan kering. Jangan siram keterlaluan kerana buah naga sensitif terhadap air yang bertakung.

Pemangkasan: Biarkan satu batang utama sahaja membesar naik ke atas tiang. Buang semua tunas muda yang tumbuh di sisi batang utama. Apabila batang sudah melepasi para atas tiang, potong hujungnya untuk menggalakkan dahan baru keluar dan menjuntai ke bawah.

Pembajaan: Gunakan baja organik (seperti najis ayam diproses) pada fasa pertumbuhan awal. Apabila pokok matang, gunakan baja tinggi kalium dan fosforus (baja buah) untuk merangsang pengeluaran bunga dan buah.

Pokok buah naga yang ditanam daripada keratan batang berkualiti biasanya akan mula mengeluarkan hasil dalam tempoh 10 hingga 12 bulan selepas ditanam.



















Link video :




Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah