Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 29 Jun 2026

Pisang Emas Sudah 10 Bulan Di Raised Bed

Walaupun di tanam masa yang sama dan tumbesarannya juga hampir sama namun ianya berbuah pada masa berbeza. 

Adakah umur anak pisang mempengaruhi ataupun semasa anak pisang di tanam samada pucuk terus tumbuh dan membesar atau anak pisang mati dulu dan tunas baru yang tumbuh dan membesar.

Menarik untuk di kaji lebih mendalam proses pembuahan pokok pisang ini. Setelah 10 bulan, pokok yang pertama sudah besar buahnya, pokok kedua belum berbuah dan pokok ketiga jantungnya baru rebah.

Gambar di atas semasa umur sebulan, nampak perbezaan kadar pertumbuhan yang mungkin mempengaruhi tempoh berbuahnya. Pokok paling dekat berbuah dulu diikuti pokok paling hujung manakala pokok tengah masih belum berjantung setakat ini.

Pokok pisang 1, 2 dan 3

Pokok pertama

Pokok kedua

Pokok ketiga

Link video : 


2. Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSCUs9H83/

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan