Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label KebunKakiPersegi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KebunKakiPersegi. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Julai 2019

Membuat Garisan Sempadan Kebun Kaki Persegi

Konsep Kebun Kaki Persegi ( Square Foot Garden ) atau Batas Kaki Persegi ( Square Foot Bed ) dapat di terapkan di Batas Timbun ( Raised Bed ) kerana penghadang batas timbun dapat dijadikan sempadan pengukuran.

Contoh di batas timbun no.1 yang telah cuba di terapkan konsep batas kaki persegi. Penggunaan tali sebagai garisan sempadan lebih memudahkan dan lebih cepat.

Batas timbun no.1 sebelum garisan sempadan kaki persegi dibuat

Penghadang batas timbun memudahkan ukuran dibuat

Batas kaki persegi dalam proses menggunakan tali rafia sebagai garisan sempadan

Batas kaki persegi yang sudah siap. Setiap petak kaki persegi boleh ditanam dengan tanaman yang sama atau berlainan. Oleh kerana tanaman ditanam dahulu sebelum garisan sempadan kaki persegi dibuat maka banyak tanaman yang tersasar dari kawasan tengah2 petak kaki persegi.

Tanaman boleh ditanam dalam petak2 yang telah dibuat. Penggunaan tanah yang optima dan pengurusan tanaman yang lebih mudah.

Sabtu, 15 Jun 2019

Kebun Kaki Persegi ( Square Foot Garden )

Kebun Kaki Persegi atau Square Foot Garden bermatlamat memudahkan pekebun menanam banyak jenis sayuran dalam keluasan yang sama berbanding kebun tradisi.

Kebun kaki persegi lebih mudah dibuat pada batas timbun dengan penghadang. Ini kerana keluasan batas dapat digunakan sepenuhnya.

 Batas timbun asas dan penggunaannya

Beberapa kombinasi tataletak ( layout ) batas timbun kaki persegi ( square foot raised bed )

Bergantung kepada keluasan tanah, kebun kaki persegi dapat dibuat dari yang bersaiz 1' x 1' dan bertambah lebar dan panjang seterusnya bergantung kepada pekebun.

Manakala untuk ketinggian batas timbun kaki persegi pula adalah disyorkan setinggi 1' ( 1 kaki).
Pelbagai kombinasi tanaman boleh dibuat berdasarkan keutamaan masing2.

Kebun kaki persegi ( square foot garden ) dinamakan sebegitu kerana ianya dibahagikan mengikut ukuran 1' x 1' ( 1 kaki x 1 kaki ).

Setiap kaki persegi akan diperuntukkan untuk satu jenis tanaman atau sejumlah tanaman ( kuantiti ). Pembahagian mengikut unit satu kaki persegi membolehkan kepadatan tanaman ditambah dan penggunaan tanah yang optima.