Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label KebunMenegak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KebunMenegak. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Februari 2019

Kemas Batas Menegak Kacang Kelisa

Batas menegak pokok kacang kelisa sudah dikemaskan dengan kebanyakan tanahnya di tambah kepada batas timbun no.1

Dah puas makan kacang kelisa, nanti boleh tanam lagi

Tanah dari komposter jaring yang sebelum ini telah ditanam dengan tembikai

Komposter jaring akan dialih ke tempat lain, kawasan ini perancangan untuk batas timbun

Batas timbun no.1, persediaan untuk kailan dan sawi

Khamis, 8 November 2018

Pokok Kacang Kelisa

Pokok kacang kelisa atau kacang botol atau kacang belimbing di batas menegak.

Menunggu bunga pertama

Sudah menjalar ke bawah mencari sokongan.

Isnin, 2 Julai 2018

Kebun Menegak Pegaga

Pegaga dalam beg poli dipindahkan ke kebun menegak yang sebelum ini telah berjaya dituai sebiji tembikai merah yang manis.




Jumaat, 11 Mei 2018

Buah Tembikai Kebun Menegak

Buah tembikai sudah mulai besar dalam kebun menegak. Ini adalah percubaan kali ke-3 setelah percubaan pertama dan kedua tidak berjaya.


11. 5.18 :


  • 17.5.18 :

22.5.18 :

Jumaat, 20 April 2018

Ahad, 18 Mac 2018

Tanam Tembikai Di Kebun Menegak

Sepokok anak tembikai yang di semai menggunakan kaedah tisu lembab dan dipindahkan ke sistem hidroponik bekas botol air dipindahkan ke kebun menegak yang diperbuat dari jaring kawat.

Campuran tanah dan kompos dari komposter jaring telah di gunakan. Kotak di lapik di keliling bahagian dalam jaring kawat untuk mengelakkan tanah terkeluar serta mengelakkan  rumput rumpai tumbuh.

Potongan rumput di masukkan sebagai sungkupan. Manakala bakul diletakkan sementara untuk mengelakkan panas terik dan hujan lebat dari terkena anak pokok tembikai secara langsung.



18.3.18 :

26.3.18 :

30.3.18 :

12.4.18 :

Khamis, 15 Mac 2018

Kebun Menegak ( Vertical Garden )


Kebun menegak atau vertical garden dibuat untuk :

1. Menjimatkan ruang penanaman sekaligus meningkatkan hasil per meter persegi.
2. Sebagai alternatif untuk para / pancang dimana tumbuhan akan menjalar ke bawah.
3. Salah satu bentuk kebun batas timbun
4. Mengatasi masalah kesuburan tanah
5. Sesuai untuk tanaman berakar panjang dan kuat makan

Macam2 idea atau rekacipta kebun menegak boleh di buat bergantung kepada kreativiti.

Kebun menegak menggunakan jaring kawat bersumberkan idea komposter jaring ringkas yang digunakan untuk mengompos bahan2 sekitaran rumah.