Mungkin ramai yang tahu apa itu peta minda ! Tetapi berapa ramaikah yang benar2 menggunakannya dalam kehidupan seharian ?
Peta minda adalah satu lakaran dengan tajuk utama atau idea utama atau seumpamanya berada di tengah2 ruang kosong. Dari sini idea2 atau sub-tajuk akan dicambahkan membentuk rantaian yang berhubungkait. Sub-tajuk juga boleh di kembangkan lagi untuk mendapatkan gambaran paling maksimum akan satu2 tajuk / idea / perkara dan seumpamanya.
Penggunaan peta minda tiada hadnya. Hampir semua perkara dan semua orang boleh menggunakannya.
Contohnya untuk menulis artikel blog berkenaan tanah, peta minda dapat digunakan sebagai asas penulisan.
Idea penulisan dapat di susun dengan baik, manakala fakta2 atau maklumat dapat di tentusahkan dahulu sebelum tulisan dimuat naik.
Antara lain kepentingan peta minda ialah :
1. Kreativiti percambahan idea tanpa had
2. Lebih banyak isi penting / kata kunci dapat di masukkan kedalam ruang yang terhad
3. Mudah mengambil nota, mudah disusun, disimpan, diingat dan dirujuk
4. Mudah kenal pasti kelemahan pada satu2 subjek atau perkara
5. Menjadi asas perancangan aktiviti dan sebagainya
6. Dapat menjadi asas penyelesaian masalah
7. Penggunaan otak kiri dan kanan yang maksimum dan berkesan
Pendek kata, terdapat berbagai manfaat dan faedah penggunaan peta minda dalam kehidupan seharian kepada setiap orang.
Video Terbaru @JomTanamSayur
Memaparkan catatan dengan label PetaMinda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PetaMinda. Papar semua catatan
Sabtu, 14 September 2019
Sabtu, 30 Jun 2018
Peta Minda - Bac. Sains Hortikultur UPM
Untuk memahami Program Bacelor Sains Hortikultur UPM dengan lebih baik, beberapa peta minda boleh di buat dengan tujuan :
1. Memudahkan kefahaman berkenaan kursus2 semasa dibawah Program Bacelor Sains Hortikultur kendalian UPM :
1.1 Kursus Universiti
1.2 Kursus Teras
1.3 Kursus Elektif Fakulti Pertanian
1.4 Kursus Elektif Fakulti Lain
1.5 Kursus Bahasa Inggeris
1.6 Dan lain2 keperluan bergraduat
2. Jam kredit yang perlu di urus dengan baik untuk mengelakkan terlebih atau terkurang beban pembelajaran pada sesuatu semester.
3. Peta minda sangat bagus sebagai persediaan awal pelajaran di universiti kerana kaedah pembelajaran universiti yang berbeza dari matrikulasi, asasi dan sekolah. Bagi yang menyambung dari peringkat diploma mungkin tiada masalah namun penggunaan peta minda memang di sarankan.
4. Peta minda boleh dibuat secara ringkas atau padat bergantung kepada individu. Yang penting peta minda biarlah membantu untuk lebih memudahkan pembelajaran
5. Peta minda boleh digunakan untuk pelbagai perkara, tidak semestinya untuk pembelajaran di universiti atau sekolah sahaja. Sebagai contoh, peta minda juga boleh di buat untuk salasilah keluarga dimana untuk setiap peta minda mewakili 3 generasi secara asas.

Langgan:
Catatan (Atom)