Apa2 pun sebelum kemasan dilakukan, penghadang atau dinding batas timbun dibuat dahulu.Batas timbun membolehkan kawalan keatas kawasan tanaman dan kawasan pejalan kaki di asingkan.
Ini dapat mengelakkan tanah pada batas timbun dipijak yang mana akan memadatkan tanah tersebut sekaligus mengganggu pergerakan akar tanaman.
Penghadang atau dinding batas timbun boleh diperbuat dari apa2 sahaja bahan yang ada disekitaran kita untuk menjimatkan kos. Antara yang biasa digunakan ialah papan, batu-bata, atap genting, buluh, kayu-kayu, botol dan sebagainya.
Video ringkas berkaitan batas timbun pokok kantan
#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun