Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 4 Mac 2019

Batas Timbun Pokok Kantan Merah Jambu

Aktiviti hari ini ialah menyelesaikan pembinaan penghadang untuk batas timbun rumpun pokok kantan merah jambu. Rumpun pokok kantan ini sudah lama dan perlu di kemaskan dan ditanam semula.



Apa2 pun sebelum kemasan dilakukan, penghadang atau dinding batas timbun dibuat dahulu.Batas timbun membolehkan kawalan keatas kawasan tanaman dan kawasan pejalan kaki di asingkan.

Ini dapat mengelakkan tanah pada batas timbun dipijak yang mana akan memadatkan tanah tersebut sekaligus mengganggu pergerakan akar tanaman.

Penghadang atau dinding batas timbun boleh diperbuat dari apa2 sahaja bahan yang ada disekitaran kita untuk menjimatkan kos. Antara yang biasa digunakan ialah papan, batu-bata, atap genting, buluh, kayu-kayu, botol dan sebagainya.



Video ringkas berkaitan batas timbun pokok kantan

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun

2 ulasan:

  1. Saya dah bertahun juga tanam pokok kantan tapi belum pernah berbunga. Munhkin faktor tanah yang tak subur tapi daunnya besar dan tinggi juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa pokok kantan agak manja dan perlu diberi lebih perhatian dan penjagaan untuk lebih produktif ... saya sedang cuba cara ini & nak tengok hasilnya bagaimana nanti ...

      Padam