Satu masalah ketara berkenaan tanah perumahan adalah tanah yg tidak / kurang subur.
Kebiasaannya tanah tambak akan digunakan pada masa pembinaan rumah untuk meratakan aras kawasan projek tersebut. Tanah ini pula biasanya tanah bukit yg di bahagian dalam yg memang kurang subur dan berbentuk tanah liat.
|
Tanah di halaman rumah |
|
Sisa projek perumahan di dalam tanah |
|
Tanah liat yang menakung air hujan |
|
Seharian pun belum kering, boleh guna semula air ini |
|
Lalang di halaman rumah buat semak |
|
Batas di tepi rumah |
Tetapi itu bukan masalah terbesar, masalah paling rumit ialah terdapatnya longgokan sisa projek perumahan yg bercampur sekali dgn tanah tambak tersebut. Jika bernasib baik hanya terdapat sebahagian kecil sahaja bahan2 spt batu bata, serpihan tiles, kayu, plastik2, pvc, wayar2 dan sebagainya.
Bagi yg ingin berkebun di sekitaran rumah yg mempunyai masalah begini, kesabaran yg amat tinggi di perlukan. Jika hanya masalah tanah kurang subur masih boleh diatasi dgn menambah kompos, pasir dan juga sisa kandang. Kalau tak memang kena gali / cangkul dan buang bahan2 tersebut terutama jika ingin menanam sayuran berbuah atau pokok buah-buahan.
Pendek kata, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan