Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 18 Oktober 2016

Jom Tanam Sayur - Perancangan

Untuk bercucuk tanam sayur secara kecil-kecilan pun perlukan perancangan apatah lagi jika ingin melakukan dalam skala bisnes.

Perancangan yang dimaksudkan seperti :

1. Jenis Sayuran
2. Kuantiti yang akan ditanam
3. Jangkamasa ulangan menanam
4. Keadaan kawasan tanaman atau kebun dari segi pencahayaan, ketersediaan air
5. Jenis dan kaedah pembajaan
6. Jenis tanah samada tanam atas tanah atau dalam bekas
7. Keadaan PH tanah anda ( sesuai pada skala ( 6 - 7 )
8. Alatan asas penanaman perlu disediakan.
9. Baca juga panduan penanaman pada bungkusan biji benih dan semak tarikh luput
10. Keadaan cuaca juga boleh mempengaruhi tanaman
11. Ketahui mengenai tanaman campuran untuk mengelakkan / mengurangkan serangan perosak
12. Buat sedikit catatan berkaitan aktiviti penanaman untuk rujukan dan penambahbaikan

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Kobis dengan cuaca panas, try and error


Pendek kata, kaedah trial and error pun tak ada masalah

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan