Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 18 Februari 2017

Projek NutriPot Ringkas (NR) Selepas 2 Bulan

Semalam genap 2 bulan projek sistem NutriPot Ringkas (NR) di laksanakan. Perkembangan paling ketara pada pokok bendi dan cili api.

Pokok bendi paling ketara perkembangannya kerana di pindahkan dari polibeg terus ke baldi saiz 2 gelen (NR2). Cuba lihat saiz buah bendi yang dihasilkan.

Manakala cili api pula 8 pokok baru di pindahkan dari baldi saiz 1 gelen (NR1) kepada baldi saiz 2 gelen (NR2). Baki 12 pokok masih dalam baldi 1 gelen (NR1). Kekurangan baldi 1 gelen ( NR1) adalah kapasiti air yang kurang serta pokok cili mudah rebah jika angin kuat, manakala pertumbuhan pokok tiada masalah.

Pokok bendi juga telah di tanam bersama bawang putih atau merah untuk menjadi buddy serta mengaplikasikan sistem tanaman padat. Setakat ini perkembangan bawang dalam NR bendi amat menggalakkan mungkin kerana tanah tidak basah cuma lembap walaupun berapa kali di siram atau kena hujan.

Oleh itu untuk pokok cili api dalam NR2 pun telah ditanam bersama bawang merah atau bawang putih.

Manakala NR1 akan digunakan untuk sayuran berdaun pula.














Masih banyak lagi NR2 yang akan dibuat termasuk untuk tomato, tembikai, cili besar, kacang panjang dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan